NATIONAL SEMINAR ON MULTIMEDIA TECHNOLOGY
AND COMMUNICATION 2021
27 - 28 September 2021 I Virtual Conference via Zoom
Event Starts In
Sponsorships:
MAKLUMAT AM
Tujuan penganjuran NSMTCom2021 adalah untuk menyediakan platform untuk ahli akademik dan profesional dalam bidang multimedia & ICT, komunikasi dan teknologi media untuk membentangkan kerja-kerja penyelidikan yang bermutu tinggi, menerbitkan hasil kajian akademik, dan seterusnya memberi kesempatan bertukar-tukar fikiran di kalangan warga akademi tentang kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan. Persidangan ini akan diadakan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), UUM, Kedah dari 27 dan 28 September 2021.
Tema – Komunikasi, Media dan Teknologi: Kepelbagaian Perspektif dalam Membina Masa Depan yang Selamat, Lestari dan Sejahtera
(Communication, Media and Technology: Multiple Perspective on Building Safe, Sustainable and Promising Futures)
Latar Belakang
Seminar ini adalah merupakan seminar kali keempat yang akan dianjurkan oleh SMMTC iaitu selepas SMTComm16, SMTComm17 SMTComm18, dan SMTComm19. SMTComm kini telah menjadi acara tahunan kepada SMMTC dari segi penganjurannya dan seminar berskala kecil sebegini telah terbukti dapat menyumbang kepada peningkatan penerbitan dalam kalangan kakitangan akademik SMMTC. Seminar yang telah dianjurkan tersebut telah menghasilkan penerbitan seperti yang disasarkan dan juga telah memperolehi ISBN dan diindeks.
Justeru, SMMTC bercadang untuk meneruskan penganjuran seminar berkenaan pada peringkat kebangsaan dengan skala yang lebih besar bagi tujuan untuk membolehkan kakitangan akademik berkongsi hasil penyelidikan mereka dan seterusnya meningkatkan lagi penerbitan.
KERTAS KERJA & PENERBITAN
Tema Utama Kertas Kerja NSMTComm' 21
“Komunikasi, Media dan Teknologi : Kepelbagaian Perspektif dalam Membina Masa Depan yang Selamat, Lestari dan Sejahtera ”
- Komunikasi kesihatan dan pengurusan pandemik
- Inovasi dan Multimedia
- Isu semasa Multimedia
- Bahasa, budaya dan masyarakat
- Komunikasi dan teknologi
- Komunikasi pembangunan/perubahan sosial
- Komunikasi dalam pengurusan organisasi
- Media dan cabaran semasa
- Seni kreativiti
- Teknologi hijau
- Undang-undang dan polisi komunikasi atau media
- Islam dan teknologi komunikasi
- Isu-isu berkaitan media sosial
- Lain-lain tema yang berkaitan juga diterima
Penerbitan
Panduan Penghantaran & Penulisan Kertas Kerja
Klik pautan SINI (untuk muat turun templat kertas kerja)
Kertas Kerja (format Microsoft Word) mesti dihantar ke
EasyChair Conference Management System.
NSMTComm'21 juga mengalu-alukan khidmat anda sebagai PENILAI KERTAS PROSIDING.
Sila daftarkan sebagai penilai di SINI.
Tarikh Penting
Kertas Kerja Penuh: 15 Ogos 2021
Penerimaan Kertas Kerja: 31 Ogos 2021
Bayaran Yuran Sebelum: 1 September 2021
Muat Naik Video Sebelum: 1 September 2021
Yuran & Pendaftaran
Yuran
Perserta | RM250 |
*Kertas Kerja Tambahan | RM100 |
(*Penulis pertama mestilah sama) |
Kaedah Bayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui:
1. Perpindahan VOT Pusat Pengajian
Sila berhubung dengan pegawai bertugas di pusat pengajian masing-masing.
2. Pembayaran Dalam Talian (Kad Debit/Kredit)
a. Pergi ke https://e-com.uum.edu.my
b. Ikuti semua langkah yang diperlukan seperti yang diarahkan.
c. Pilih pilihan "PEMBAYARAN LAIN- tentukan perincian dalam keterangan".
d. Tulis dalam keterangan "NSMTCOMM21 <ID kertas anda>".
3. Pemindahan Telegrafik / Pindahan Bank
Pemindahan harus dibuat ke akaun berikut:
Nama Akaun: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
No Akaun: 02093010000010
Nama Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
KOD SWIFT: BIMBMYKL
Sila sertakan dalam pembayaran anda:
a. Jumlah yuran pendaftaran; yuran pendaftaran adalah tanggungjawab peserta (peserta
juga diminta menanggung kos pemprosesan yang dikenakan oleh bank atau ejen pihak
ketiga yang dilantik (jika ada)).
b. Nama organisasi anda seperti yang tertera di bahagian rujukan pemindahan anda.
c. Sila tulis diruangan rujukan "NSMTCOMM21 <ID kertas anda>"
Sila emelkan salinan resit pendaftaran tersebut kepada Dr. Azizah Che Omar
(co.azizah@uum.edu.my) dan cc ke smtcom@uum.edu.my) atau melalui faks ke +604 928 5804
untuk pengesahan.
Polisi Pembatalan
- Pembatalan pendaftaran dibenarkan sebelum atau pada 1 September 2021 dengan caj perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas bayaran yuran yang telah dibuat.
- Pemulangan yuran tidak akan diberikan bagi permohonan pembatalan selepas 1 September 2021.
PEMBENTANGAN ATAS TALIAN
Seminar akan diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom. Kesemua pembentangan akan dilakukan secara langsung.
HUBUNGI
PROSIDING NSMTComm
GALLERY NSMTComm'21
© COPYRIGHT NSMTComm 2021. DESIGN & DEVELOPMENT BY NSMTComm WEB TEAM
Updated: 01 June 2021