Inisiatif mengadakan bengkel kemahiran digital ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu menggunakan aplikasi Open Ai Chat GPT, Gemini Ai by Google Chrome, CoPilot Ai by Microsoft Edge, Gamma Ai for slide presentation dan Lumen5 Ai for video kepada warga kerja IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah oleh Jawatankuasa Jaringan Komuniti, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Peserta terdiri daripada 11 orang warga kerja IPGM Kampus Sultan Abdul Halim iaitu terdiri daripada 9 orang warga Akademik IPGM dan 2 orang kumpulan pegawai. Program ini dijalankan pada 23 April 2024, 8.30 pagi – 4.30 petang di IPGM Kampus Darul Aman.
Program ini direka khusus untuk memantapkan penguasaan aplikasi Ai dalam kalangan para warga kerja IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, khususnya dalam warga akademik kampus ini. Program ini menyemarakkan lagi pendidikan dan penggunaan secara holistik di samping meningkatkan daya usaha semua pihak yang terlibat. Bengkel ini dihadiri oleh seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi iaitu Dr. Hammuzamer Irwan bin Hamzah sebagai penceramah, serta warga kerja IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.
Pada akhir bengkel, semua peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap bengkel ini. Peserta menyatakan bahawa bengkel ini perlu diteruskan untuk fasa kedua dengan tambahan masa beserta hands on untuk setiap aplikasi Ai yang diajari. Dengan ini, peserta dapat mendalami semua aplikasi yang diajari dengan lebih baik bersama jurulatih bengkel.
#smmtcsteady
sumber : smmtcNEWS