All News

30 Pelajar SMMTC Sertai Bengkel 3D Animasi Bersama Warnakala Studios

SINTOK, 14 Mei – Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), melalui Jawatankuasa Jaringan Industri, telah mengadakan bengkel selama dua hari yang bertajuk "Bengkel Membangunkan 3D Animasi Menggunakan Software Blender" pada 14 hingga 15 Mei lepas. Bengkel ini diadakan dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang dan diterajui oleh Encik Muhammad Rahmat Mohd Shabri dan Cik Fatin Sofea Ahmad Termizi, juruanimasi dari Warnakala Studios.

1.png

Bengkel ini memberikan seramai 30 orang pelajar SMMTC peluang untuk menguasai kemahiran dalam animasi 3D menggunakan perisian Blender, dengan fokus kepada pendedahan praktikal yang intensif. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjalinkan jaringan antara pelajar dan industri, khususnya dengan syarikat Warnakala Studios yang terkenal dalam produksi animasi 2D dan 3D.

 2

Sesi intensif ini menekankan kepada pengenalan dan pembangunan kemahiran dalam modeling 3D. Tujuan utama adalah untuk memperkasa pelajar dengan teknologi terkini dalam animasi digital, memperluas jaringan industri, dan meningkatkan peluang kerjaya dalam sektor ini. Acara ini juga menekankan perkongsian pengetahuan dan pembinaan kemahiran, serta membuka peluang kerjaya dalam bidang animasi. Ini adalah langkah strategik SMMTC untuk melengkapkan pelajar dengan teknologi terkini dalam industri kreatif.


Disediakan oleh : Dr Norhayati Mohamad Hussain