All News

CSR IPRMSA BERI BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN MORAL

UUM ONLINE: The Institute of Public Relation Malaysia Student Association (IPRMSA) UUM Chapter dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu Harmoni Kasih: Membina Bersama Madrasah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah, Melele, baru-baru ini. 

image004

Program tersebut telah dijalankan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kedah dan juga SurfFix yang bukan sahaja memberi bantuan dari segi kewangan, malahan dari segi sokongan moral yang menjamin kelancaran program secara menyeluruh.

Pengarah program, Sahira Rusydina berkata, CSR ini bertujuan untuk menyantuni dan berkongsi motivasi bersama dengan penghuni di madrasah tersebut agar mereka lebih bersemangat dalam pelajaran, selain membantu ahli-ahli yang menyertai membentuk sifat kepimpinan dan menambah pengalaman serta kemahiran. 

Penasihan Kelab, Dr. Nursafwah Tugiman berkata, program tersebut dapat membina hubungan yang akrab antara ahliahli terlibat dengan komuniti di madrasah tersebut. 

tissaq

Katanya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah meningkatkan motivasi dan pengetahuan penghuni di madrasah tersebut. 

“Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan bersama seramai 105 orang pelajar Madrasah Nahdhah Hasanah iaitu aktiviti explorace yang terdiri daripada 10 permainan yang mencabar dan aktiviti team building yang dapat melahirkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan,” katanya.

tissa4 2048x1014

Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Timbalan Pengetua Madrasah Nadhah Hasanah, Ustazah Nailah Mohd Jabil Sidiqi turut menzahirkan rasa bersyukur kerana dapat melihat keterujaan pelajar-pelajar madrasah dalam mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan serta persaingan yang sihat antara mereka.

Turut hadir, Pengerusi MAYC Kedah merangkap Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan, Mohamad Shafizal Mohamad Safee; Penasihat Kelab IPRMSA, Dr. Nursafwah Tugiman; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMA Nahdhah Hasanah, Fuziah Mat Isa dan pegawai-pegawai kanan.

 


Sumber : Berita penuh, layari https://uumtoday.com/news/csr-iprmsa-beri-bantuan-kewangan-dan-sokongan-moral/