All News

SMMTCIANS RANGKUL ANUGERAH VISUAL TERBAIK DI KIK 2023 ANJURAN IPQ,UUM

SINTOK, 30 OKTOBER 2023: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi yang dikenali sebagai SMMTCians telah merangkul Anugerah Visual Terbaik dalam Pertandingan KIK yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM. Pertandingan ini telah diadakan pada 30 Oktober yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif IPQ. 

kik1

Kumpulan SMMTCians yang diketuai oleh Dr Norhana Yusof turut dianggotai 10 ahli lain iaitu Prof Madya Dr Sobihatun Nur Abdul Salam, En Jasni Ahmad, Dr. Subashini Annamalai, Dr Azliza Othman, Dr. S Maartandan Suppiah, Puan Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam, Encik Abdul Hadi Abdul Razak, Dr Hammuzamer Irwan Hamzah, Encik Mas Anuar Morad dan En Muhamad Ikram Muhamad Najib.

kik2

Selain daripada kumpulan SMMTCians, terdapat empat lagi kumpulan yang bertanding dalam KIK kali ni. Ianya adalah UUMIT, Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe); Pusat Asasi Pengurusan (PAP); dan Penerbit UUM (UUM PRESS). Pertandingan KIK kali ini diadili oleh dua juri iaitu Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis merangkap sebagai Ketua Juri dan Prof. Madya Dr. Logasvathi A/P Murugiah yang mewakili juri UUM.

kik3

Bagi pertandingan KIK kali SMMTCians telah mempertandingkan Kaedah Penempahan Ruang menerusi eZBooking. Kaedah penempahan ruang  SMMTC secara digital ini diperkenalkan bagi menggantikan kaedah manual iaitu Buku Tempahan yang telah diguna sejak SMMTC ditubuhkan. Menerusi kaedah eZBooking yang menggunapakai Google Calendar, ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan staf-staf SMMTC untuk menyemak dan menempah ruang-ruang di SMMTC.

kik4

Dalam anjuran KIK 2023 ini, IPQ telah menawarkan enam anugerah yang dipertandingkan termasuk Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Visual Terbaik serta Anugerah Kreativiti dan Inovasi Terbaik. Kumpulan SMMTCians telah berjaya memenangi Anugerah Visual Terbaik. Anugerah Visual Terbaik ini telah  disampaikan oleh Dr. Mohd Haniff. Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah adalah Timbalan Pengarah (Bahagian Kualiti), Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador dan Timbalan Pengarah (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Khofizhoah Mohd Karim.

kik5

Pertandingan inovasi dan kreativiti seperti ini dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada para peserta dengan mengetengahkan idea-idea kreativiti dan inovasi yang menarik di kalangan staf-staf UUM dan SMMTC khususnya. Ketua SMMTCians, Dr Norhana Yusof merakamkan penghargaan kepada IPQ UUM kerana memberi peluang kepada SMMTC untuk bertanding dalam pertandingan KIK kali ini. Beliau turut melahirkan rasa bersyukur dengan Anugerah Visual Terbaik yang dimenangi oleh kumpulannya. Beliau turut berkata “Anugerah ini tidak akan wujud tanpa kerjasama dari ahli kumpulan SMMTCians dan tanpa sokongan dari pihak pengurusan serta staf-staf Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini.”

Sekian