All News

MIDH-RU PERKASA KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN INOVASI PELAJAR-PELAJAR SRITI IBNU UMAR, KULIM

SINTOK, 16 FEBUARI 2023: Unit Penyelidikan Multimedia, Inovasi dan Kemanusiaan Digital (MIDH-RU) bersama dengan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Umar, Kulim, Kedah telah menganjurkan program Jaringan Strategik SMMTC-SRITI Ibnu Umar. Sepanjang program ini berlangsung, tiga seminar telah diadakan iaitu Seminar Kecemerlangan dalam Pembelajaran oleh Prof Ts. Dr Ariffin Abdul Mutalib, Seminar dan Pameran Realiti Maya oleh Dr Sauri Yahaya, dan Seminar Pemikiran dan Budaya Inovasi yang disampaikan oleh Dr Nadia Diyana Binti Mohd Muhaiyuddin dan Puan Nur Fadziana Faisal Mohamed. Ketiga-tiga seminar ini telah dilaksanakan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.

striti1

Program ini telah disertai seramai 100 orang peserta termasuk guru-guru dan para pelajar SRITI Ibnu Umar yang terdiri daripada pelbagai tahap umur. Program ini turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof Madya Dr Norsiah Abdul Hamid. Dalam ucapan aluannya, Prof Madya Dr Norsiah mengucapkan tahniah kepada pihak MIDH-RU kerana berjaya menganjurkan program yang dapat memberi impak positif kepada para pelajar.

sriti2

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memperluaskan manfaat pembangunan inovasi dan meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang kreativiti dan inovasi. Program ini juga bertujuan untuk berkongsi hasil penyelidikan tenaga akademik SMMTC bersama dengan para pelajar. Secara tidak langsung, menerusi program ini para pelajar SRITI dapat merasai sendiri teknologi IVR. Melalui program ini, MIDH-RU telah menyediakan platfom untuk para pelajar SRITI menimba pengalaman sebenar menggunakan peralatan IVR yang jarang mereka perolehi.

sriti3

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat dan mendedahkan para pelajar kepada teknologi inovasi yang semakin penting dalam dunia kini. Pendedahan awal seperti ini sangat berkesan kepada para pelajar dalam melahirkan generasi yang berfikiran kreatis dan inovatif. Pendedahan seperti ini amat jarang diperolehi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Oleh itu, usaha-usaha seperti ini patut dipertingkatkan dalam menyemarakkan lagi persekitran berteknologi dan berinovasi dalam kalangan para pelajar sekolah rendah.

Sriti4

Program ini telah menerima maklumbalas yang positif bukan sahaja dalam kalangan para pelajar SRITI Ibnu Umar tetapi juga daripada guru-guru SRITI Ibnu Umar. Mereka berpendapat program seperti ini wajar dianjurkan secara berkala agar dapat memberi pendedahan awal dan membuka minda para pelajar terhadap kepentingan teknologi inovasi pada masa hadapan.

Sriti5

Program yang diketui oleh Prof Ts. Dr Ariffin yang juga selaku Ketua MIDH-RU telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat sambutan yang baik daripada staf SMMTC sendiri. Prof Ts. Dr Ariffin melahirkan penghargaan kepada pihak SRITI Ibnu Umar yang sudi bertandang ke SMMTC bagi menjayakan program ini. Penghargaan juga turut dirakamkan kepada rakan-rakan di MIDH-RU dan SMMTC yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini. Kerjasama dari semua pihak telah membantu kelancaran program yang diadakan ini, Menurut beliau, MIDH-RU akan sentiasa membawa kepakaran yang ada di SMMTC ke dalam masyarakat untuk kemaslahatan UUM dan komuniti, dan negara amnya.

Sekian

 

 

 

 

back removebg preview