All News

USAHASAMA SMMTC DENGAN SKMM KEDAH DAN PEDI KODIANG MEMBAWA PRODUK REALITY MAYA IMERSIF (IVR) SMMTC KE KOMUNITI

KUBANG PASU, 07 SEPTEMBER 2023: 7 SEPTEMBER 2023: Bertempatkan di kawasan Kodiang, sebuah aktiviti jangkauan komuniti “Pameran Realiti Maya Imersif (IVR)” telah dilaksanakan oleh Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM).

k23 

Tujuan program ini dilaksanankan adalah untuk memperkembangkan faedah pembangunan inovasi dan hasil penyelidikan tenaga akademik SMMTC ke dalam komuniti. Melalui program yang telah dijalankan dengan kerjasama dari MCMC Kedah dan PEDi Kodiang ini, para peserta dari komuniti setempat dapat merasai dan menimba pengalaman menggunakan teknologi IVR. Peralatan-peralatan pameran IVR disediakan dan diurus kesemuanya oleh kakitangan akademik SMMTC yang terdiri dari Profesor Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Dr. Nur Sauri Yahya, dan Profesor Madya Ts. Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam. Bahan yang dipamer merupakan produk IVR hasil penyelidikan PhD Dr. Nur Sauri. Melalui aktiviti sebegini, yang membolehkan ahli komuniti merasai teknologi IVR yang dipamerkan, menerapkan ilmu tentang teknologi IVR dengan jelas kepada komuniti, mempelajari kaedah berinteraksi dalam persekitaran IVR, memahami sebab VR diangkat menjadi agenda besar dalam IR4.0, dan banyak lagi manfaat lain.

k4

Dengan kerjasama ketiga-tiga kakitangan akademik SMMTC tersebut, program dapat dilaksanankan dengan lebih lancar, efektif, dengan kos yang minima kerana kos operasi banyak ditaja oleh rakan kerjasama. Pihak rakan kerjasama memberi maklumbalas yang sangat baik bagi program ini. Bagi En. Mazlan (MCMC), “Terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Dr. Ariffin dan UUM kerana telah bertungkus lumus melangsungkan pameran ini. Hal ini pasti dapat meninggal impak yang besar dalam pengetahuan anak-anak komuniti Kodiang. Program sebegini harus dijalankan kerana ia memberi peluang kepada komuniti untuk merasai pengalaman belajar dengan teknologi masa hadapan”. Sementara itu, Bagi pihak PEDi Kodiang, Mohammad Azrip Mohamad Khalip menyatakan “Kami di PEDi menyambut baik program seumpama ini. Kami akan terus menyokong penuh. Melalui pameran ini, banyak faedah yang dapat masyarakat komuniti Kodiang perolehi. kanak-kanak juga berasa seronok”. Program itu juga turut dihadiri Pengurus PEDi Bukit Tangga, En. Zulhilmy, dan Pengurus PEDi Changlun, Encik Muhammad Aizuddin Fitri Bin Khuiruddin. Kehadiran mereka dalam membantu operasi pameran telah melancarkan program.

k5

Terdapat 15 orang peserta yang telah menyertai pameran tersebut iaitu terdiri daripada anak-anak di komuniti Kodiang. Rata-rata peserta adalah pelajar sekolah rendah di sekitar Kodiang, terutamanya Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara. Salah seorang peserta iaitu Aina Sarihah “seronok betul. Kandungan dalam IVR ni menarik, mudah digunakan. Saya yakin kawan-kawan semua kagum dengan IVR ni. Nampak la kaedah pembelajaran masa depan menggunakan IVR ni.” Seterusnya dari peserta bernama Nor Alya Atikah pula menyatakan “Terima kasih UUM kerana mengadakan pameran ini. Saya syukur dapat hadir sini kerana sangat seronok. Memang tak pernah lagi saya merasai IVR, ini pertama kali. Kalau ada lagi nanti saya nak datang lagi”. Rata-rata peserta yang merasai IVR ini menyatakan keterujaan mereka.

Prof. Ts. Dr. Ariffin yang merupakan ketua program dan juga (selaku Ketua Unit Penyelidikan Multimedia, Inovasi dan Kemanusiaan Digital – MIDH-RU), memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan penghargaan kepada rakan kerjasama yang terlibat, iaitu MCMC Kedah, PEDi Kodiang. Beliau meluahkan kesyukurannya dihujung pameran yang disambut baik oleh komuniti Kodiang. Menurut beliau, MIDH-RU akan sentiasa menerapkan kepakaran yang ada di SMMTC ke dalam masyarakat untuk kegunaan UUM dan komuniti, dan negara amnya.

Sekian.