All News

Program Syarahan “Artificial Intelligence in Education: Will it Be a Threat to Academic Intelligence?” oleh Yang Berbahagia Dato Hj. Izelan Basar

 

SINTOK, 11 Julai 2023 - Seramai 78 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media dengan kepujian dan pensyarah SMMTC telah menghadiri Program Syarahan “Artificial Intelligence in Education: Will it Be a Threat to Academic Intelligence?” oleh Yang Berbahagia Dato Hj. Izelan Basar dalam Seminar Media (OSEM) 2023 bagi kursus SCCT3043 Seminar Media dan lawatan projek kursus SCCT3233 Pemasaran Media Integratif bertempat di Dewan Seminar SMMTC anjuran Civic Media Research Unit (CMRU) dengan kerjasama Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), SMMTC.

d1ab

Jemputan Yang Berbahagia Dato’ Hj. Izelan Basar, Profesor Adjung SMMTC ini mengisi slot bersama pemain industri untuk tahun ini. Dalam sesi ceramah ini, para pelajar diberi pendedahan tentang persediaan yang perlu mereka laksanakan dalam menghadapi dunia pekerjaan seperti mengukuhkan kemahiran dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu.
d5
 
 
Yang Berbahagia Dato’ Hj. Izelan Basar menegaskan agar AI harus dilihat sebagai nilai tambah dalam akademik. Dengan merangkul potensi AI sambil menjunjung kualiti asas manusia kita boleh memanfaatkan AI untuk membentuk kecerdasan akademik masa depan yang berkembang maju selaras dengan keupayaan AI. Menurut seorang pelajar ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, Nuraina, sesi ini membuka mata tentang bagaimana AI mampu melakukan kerja dengan efisien. Katanya, sebelum ini beliau menganggap AI menentang arus pembelajaran. Kini, beliau mengatakan AI sudah sebahagian dalam hidup dan mahu mencuba AI lebih kerap.
d2
 
Dr. Rohana Mijan, pensyarah program Teknologi Media, SMMTC, berharap program yang melibatkan pemain industri seperti ini diperbanyakkan lagi agar perkongsian pengetahuan dan kemahiran dapat diselarikan dengan kehendak industri. Perkongsian ini juga dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meningkatkan lagi inovasi mereka agar lebih kreatif dan berdaya saing. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Khairie Ahmad Dekan SMMTC, pihak pengurusan SMMTC dan para pensyarah.
d10
 
Sekian.

 

 
back removebg preview