All News

MIDH-RU SMMTC DIPILIH MENGENDALIKAN KURSUS INTERNATIONAL DEANS' COURSE MALAYSIAN CHAPTER (MYIDC) KOHORT 3

KUBANG PASU 20 Mac 2023 - "Bukan semua dekan mempunyai kepakaran kepengurusanan dan pepemimpinan yang lengkap apabila dilantik ke jawatan Dekan, justeru program latihan Kedekanan International Deans' Course Malaysian Chapter (MyIDC) telah memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada setiap peserta program yang telah terlibat," ulas tenaga pakar MyIDC, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib.

idc1a

Prof. Ts. Dr Ariffin Abdul Mutalib, seorang pensyarah di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) berkata MyIDC telah dibentuk dengan mengadaptasi kursus International Deans’ Course (IDC) yang ditawar oleh DAAD kepada para dekan universiti-universiti di Asia Tenggara, dan Afrika. Kandungan program merangkumi pelbagai modul kepengurusanan dan kepemimpinan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab Kedekanan yang perlu berurusan dengan pihak pengurusan universiti dan ahli-ahli fakulti atau pusat pengajian.

idc234

Program pembangunan ilmu dan kemahiran komuniti dekan-dekan IPT ini dijalankan melalui dana sumbangan Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Malaysia. UPM telah dilantik sebagai ketua program, yang kemudiannya telah melantik UUM sebagai host untuk part 2 bagi kohort 3 ini. Modul-modul yang ditawar sepanjang program yang dijalankan oleh UUM merangkumi Project Management, Project Action Plan, Strategic Faculty Management, Effective Communication, Internationalization, Conflict Management, dan Change Management.

idc9ab

MyIDC bukan sahaja memfokus kepada kandungan pembelajaran, tetapi juga membentuk rangkaian di kalangan para peserta, tenaga pakar, dan penceramah jemputan. Kaedah penyampaian dalam MyIDC direka khas bagi menggalakkan setiap peserta melibatkan diri secara terfokus di sepanjang program. Di sepanjang program, gabungan aktiviti dalam kuliah dan luar kuliah diseimbangkan, membolehkan para peserta melalui keseluruhan program dengan sihat.

"Saya merasa bertuah dan amat bersyukur kerana terpilih buat kali ketiga menjadi keluarga MyIDC. Ini adalah peluang yang amat besar untuk saya menimba dan menyumbang bersama-sama tenaga pakar lain, dan dapat mengenali dekan-dekan dari pelbagai universiti. MyIDC bukan program biasa, tetapi ia adalah sebuah program flagship AKEPT. Sudah pasti sebagai flagship, cabarannya sangat besar. Tetapi dengan kesekawanan yang tinggi di kalangan rakan usahasama iaitu AKEPT, UPM, UUM, MMU, UKM, UPSI, UIA, UPNM, dan USIM, MyIDC berjaya mencapai objektif", kata Prof. Dr. Ariffin.

Sepanjang program yang berlangsung dari 12 hingga 19 Mac 2023, delegasi MyIDC telah berpeluang mengikuti pembelajaran di EDC, kampus UUM, dan pembelajaran luar kampus termasuk Pokok tiga Beradik, Taman Rusa, Kompleks Sukan, Tasik Timah Tasoh, Gua Kelam, Sanctuari Air Tawar, Padang Besar dan beberapa lagi lokasi menarik di sekitar Changlun. Mereka juga dibawa melawat Perpustakaan Sultanah Bahiyah, U-Assist, Muzium Pengurusan, dan Anjung Tamu. Seterusnya program akan bersambung di Sandakan Sabah pada 11 hingga 18 June 2023.

Sekian.