All News

PRODUK REALITY MAYA IMERSIF (IVR) SMMTC MEMNYERAP KE KOMUNITI CHUPING

PERLIS, 24 SEPTEMBER 2023: Berlangsungnya aktiviti jangkauan komuniti “Pameran Realiti Maya Imersif (IVR)” di kawasan Chuping, Perlis anjuran Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Matlamat program ini adalah untuk meluaskan kebaikan pengembangan inovasi dan hasil penyelidikan tenaga akademik SMMTC ke dalam komuniti. Melalui program ini para peserta dari komuniti setempat dapat merasai sendiri teknologi IVR. Selain itu, peralatan-peralatan untuk program ini kesemuanya telah disediakan oleh kakitangan SMMTC yang terdiri dari Profesor Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Dr. Nur Sauri Yahya, dan Profesor Madya Ts. Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam. Bahan yang dipamer merupakan produk hasil penyelidikan PhD Dr. Nur Sauri. Melalu aktiviti sebegini, yang membolehkan ahli komuniti merasai teknologi IVR yang dipamerkan, komuniti dapat mengetahui teknologi IVR dengan jelas, mempelajari kaedah berinteraksi dalam persekitaran IVR, memahami sebab VR diangkat menjadi agenda besar dalam IR4.0, dan banyak lagi manfaat lain. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama strategik bersama MCMC Kedah, Peragold Technologies Sdn. Bhd., dan PEDi Chuping.

cp0a

Kelancaran dan keberkesanan perlaksanaan program ini adalah atas kerjasama tiga penjuru tersebut, dengan kos yang minima kerana kos operasi banyak ditaja oleh rakan kerjasama. Pihak rakan kerjasama memberi maklumbalas yang sangat baik bagi program ini. Bagi En. Hairil Hasan (Peragold), “Saya yakin program begini besar manfaatnya. Anak-anak komuniti Chuping amat gembira dapat merasai pengalaman IVR. Sebagai Pengurus Operasi, saya amat berpuas hati dengan program ini”. Sementara itu, Bagi pihak PEDi Chuping, Puan Zakiah Binti Rejab menyatakan “PEDi Felda Chuping di bawah seliaan CelcomDigi merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr Ariffin Abdul Mutalib dan team atas kesudian mengadakan Pemeran IVR di tempat kami. Semoga jalinan kerjasama kita akan berterusan demi komuniti setempat dan sekitar”. Program itu juga turut dihadiri Pengurus PEDi Bukit Tangga, En. Zulhilmy, dan Pengurus PEDi Changlun, Encik Muhammad Aizuddin Fitri Bin Khuiruddin. Kehadiran mereka dalam membantu operasi pameran telah melancarkan program.

cp1a

Seramai 33 peserta anak-anak di komuniti Chuping telah menyertai pameran itu. Mereka merupakan pelajar sekolah rendah di sekitar Chuping, terutamanya Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping. Salah seorang peserta iaitu Nur Qaseh Humaira “Tidak sia-sia saya datang sini. Ini pwrtama kali saya rasa guna IVR, memang best. Saya belajar tentang jalan raya. Nak guna IVR tu pun mudah ja. Terima kasih UUM”. Peserta Muhammad Faiz Danial pula menyatakan “Saya gembira sangat. Aktiviti hari ni lain dari yang sebelum ni. Kalau boleh belajar banyak benda dengan IVR ni, memang best. Saya rasa ramai kawan belum cuba lagi ni, patutnya mereka juga datang sini”. Rata-rata peserta yang merasai IVR ini menyatakan keterujaan mereka.

cp5

Ketua program iaitu Prof. Ts. Dr. Ariffin (selaku Ketua Unit Penyelidikan Multimedia, Inovasi dan Kemanusiaan Digital – MIDH-RU), mengkalungkan ucapan penghargaan kepada rakan kerjasama yang terlibat, iaitu MCMC Kedah, Peragold, dan PEDi Chuping. Beliau meluahkan kesyukurannya dihujung pameran di atas sambutan yang amat baik oleh komuniti Chuping. Menurut beliau, MIDH-RU akan sentiasa membawa kepakaran yang ada di STTMC ke dalam masyarakat untuk kemaslahatan UUM dan komuniti, dan negara amnya.

Sekian.