All News

SMMTC BERSAMA INASIS BANK RAKYAT SEMARAKKAN BAKAT KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DI BAWAH PAYUNG PROGRAM MEKAR

PENDANG, 10-11 NOVEMBER 2023: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan INASIS Bank Rakyat telah menganjurkan “Kem Kepimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya” di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang Kedah melalui Program Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) di bawah inisiatif Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

88a0f577-ff32-4fcc-99df-1e3ab0e8069e.jpeg

Program MEKAR ini bertujuan menjalin kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi dengan masyarakat setempat dari aspek pembangunan sosial dan pendidikan. Bagi Program Kem Kepimpinan kali ini, fokus diberikan kepada pembangunan sahsiah dalam kalangan pemimpin pelajar di SMK Sungai Tiang dengan pelbagai aktiviti yang diharap dapat memupuk sikap yang lebih positif dan meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Di samping itu, ia dapat memotivasi pelajar luar bandar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selanjutnya menjadi anak muda yang membangun agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

 Seramai 66 orang pelajar terdiri daripada Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah menyertai dalam program ini. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelajar dari Inasis Bank Rakyat (IBR) dan persatuan-persatuan pelajar SMMTC sebagai fasilitator untuk membantu para peserta meningkatkan semangat kepimpinan.

Dekan SMMTC, Prof. Madya. Dr. Mohd. Khairie Ahmad dalam Majlis Perasmian Kem Kepimpinan tersebut berkata program ini diharap dapat menyediakan kemahiran asas dan galakkan kepada para peserta sebagai bakal generasi pemimpin masa depan. Menurut beliau lagi program ini merupakan salah satu agenda dalam memperkasa agenda memasyarakatkan universiti.

Salah seorang peserta Amira Natasha Shalkif berkata dia sentiasa menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idol pemimpin dan bercita-cita untuk menjadi ahli forensik suatu hari nanti.

9aa7072f-a8f8-4fc3-9c42-39569b2d9bb4.jpeg
563c7b1c-e3fb-40e0-a7a7-d0fc2ae34f06.jpeg

 "Melakukan perubahan sikap adalah sesuatu yang bukan mudah lebih-lebih lagi apabila ia sudah menjadi tabiat, namun kita boleh melakukannya jika kita mahu dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, tiada siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan kita sendiri." kata Pengetua Inasis Bank Rakyat Dr. Azura A. Rahman.

83ca04d5-286e-4928-aff1-36308db04ef8.jpeg

Melalui program yang sama, pengenalan kepada modul-modul kepimpinan meningkatkan lagi potensi diri peserta dan kesedaran kepentingan semangat berpasukan. Peserta diukur melalui kecergasan diri dengan mendirikan khemah dan memberi maklumbalas terhadap modul-modul high impact dan aktiviti berpasukan yang dijalankan sepanjang dua (2) hari tersebut.

4c8fa2aa-8875-404b-a0ef-6f471e36a004.jpeg

Bagi meningkatkan lagi kesedaran ibu bapa terhadap peri pentingnya pendidikan anak-anak, slot ceramah “Anakku Bukan Sazali: Anak Pembina Kekayaan Keluarga” telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sheikh Ahmad Faisol Hj. Omar, mantan Pegawai Agama Daerah Kota Setar. Seramai 60 orang ibu bapa hadir menyertai di Dewan Terbuka SMK Sungai Tiang ini.

n3.jpg

Program ini dijayakan oleh staf akademik dan pentadbiran SMMTC bersama-sama Pengetua IBR, felo-felo dan staf IBR. Turut hadir bersama ialah Pengetua Sekolah Puan Syaripah Md Isa dan barisan guru-guru sekolah.

Sekian.