All News

158 pelajar SMMTC terima Anugerah Dekan

 

SINTOK: Seramai 158 pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah menerima Sijil Anugerah Dekan yang diadakan di Auditorium SAC, baru-baru ini. Anugerah ini disampaikan oleh Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Mohd. Khairie Ahmad. Pada majlis itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima atas pencapaian tersebut.

Menurutnya, dengan pengiktirafan itu diharapkan pelajar akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi akademik sehingga tamat pengajian.

anugerahdekan

Selain itu, Anugerah Kecemerlangan Dekan SMMTC turut disampaikan kepada sembilan pelajar yang memperoleh kecemerlangan dalam akademik dan pencapaian mata SIRA yang tinggi.

Salah seorang penerima Anugerah Dekan menyatakan rasa gembira dan berhasrat untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik dan sahsiah pada masa akan datang.

imageADekan

Hadir sama, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Mohd. Zuwairi Mat Saad, Pengerusi Program, pensyarah-pensyarah dan Penolong Pendaftar.

 

Sumber : UUM Todayback removebg preview