All News

SMMTC Terima Lawatan Delegasi BSRU, Thailand Bincang Aktiviti Di Bawah Memorandum Persefahaman

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah menerima lawatan dari Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU), Thailand bagi tujuan perbincangan kolaborasi di bawah payung Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM-BSRU, baru-baru ini.

Seramai 30 staf BSRU ‘terbang’ dari Bangkok terdiri daripada ketua delegasi BSRU iaitu Dekan Fakulti Pengurusan Sains, Prof. Madya Dr. Nusanee Meekaewkunchorn, pensyarah-pensyarah BSRU dan kakitangan pentadbiran BSRU.

lawatan

Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid berkata, antara intipati perbincangan dua hala itu adalah untuk memperbaharui MoU yang akan tamat pada Januari 2023, program mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik serta pensyarah jemputan, penyelidikan dan kerjasama dalam penganjuran konferen, seminar dan webinar.

“Saya berharap pertemuan dan perbincangan dua hala ini dapat menyemarakkan lagi peluang kolaborasi program antara UUM dan BSRU kerana sejak memeterai MoU ini, banyak aktiviti telah dilaksanakan antaranya penganjuran bersama The 6th International Multiconference of Management Science 2022 dan International Conference on Media Studies (ICMS 2019).

“Selain itu, dua staf akademik SMMTC iaitu Dr. Azahar Kasim dan Dr. Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin telah menyertai  6th International Multiconference of Management Science 2022 anjuran BSRU di Bangkok pada 21 Julai lalu yang menyaksikan Dr. Mohamad Noor memenangi The Best Paper Award pada konferen tersebut, selain dijemput sebagai penceramah dalam program Enhancement of Lecturer’s Academic Potential ‘How to Write a Manuscript for Publishing in a Scopus Journal’ di Fakuti Pendidikan BSRU pada 22 Julai,” katanya.

Tambah Norsiah, lawatan BSRU ke UUM kali ini telah membuka ruang kerjasama yang lebih erat dan perancangan aktiviti-aktiviti di bawah MoU pada masa hadapan.

Kemudian, delegasi BSRU dibawa melawat sekitar SMMTC dan sekitar kampus UUM.

 


Sumber : UUM Corporate Comm. back removebg preview