All News

394 Penerima Anugerah Dekan SMMTC Diraikan dengan Meriah

UUM ONLINE: Seramai 394 pelajar cemerlang A211 semester Oktober 2021 hingga Januari 2022 dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Dekan SMMTC di Dewan Tan Sri Othman (TSO), baru-baru ini.

image004

Majlsi khas itu dianjurkan bagi meraikan kejayaan pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam akademik sepanjang pengajian mereka di UUM.

Selain itu, majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan pusat pengajian di atas pencapaian cemerlang mereka di pusat pengajian ini.

Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid telah menyampaikan sijil anugerah kepada pelajar daripada tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia yang mencapai CGPA 3.5 ke atas pada sesi A211.

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang agar ia memberi semangat kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan menjadi momentum kepada mereka untuk terus cemerlang dan berdaya saing di alam pekerjaan.

Turut diadakan sesi ‘town hall’ pada majlis sama.

 

Sekian.

 


Sumber : UUM Corporate Comm. back removebg preview