All News

Tiga Minggu ‘Practicum Tour’ Bersama CUIC

image005

UUM ONLINE: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengadakan ‘Practicum Tour’ melibatkan tiga kolej iaitu UUM COB, UUM COLGIS dan UUM CAS, baru-baru ini.

Pengarah CUIC, Dr. Shahrina Othman berkata, tujuan program itu adalah bagi memberi penjelasan tentang proses praktikum pelajar, selain turut menyentuh mengenai satu program baru yang telah ditawarkan sebagai alternatif kepada praktikum iaitu Industry and Community Engagement Project (ICEP).

‘Practicum Tour’ yang diketuai beliau itu turut disertai Ketua Bahagian Latihan Industri, Dr. Noranida Motkhsim dan panel yang mewakili setiap Kolej iaitu Dr. Rushanim Hashim (UUM COB), Dr. Nor Rabiatul Adawiyah Nor Azam (UUM COLGIS) dan Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir (UUM CAS).

Wakil Tetap Praktikum (WTP) dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Dr. Roshita Abdul Razak berkata, inisiatif ‘Practicum Tour’ oleh CUIC itu memudahkan pihak pengurusan di pusat pengajian dan pelajar untuk mengetahui lebih jelas tentang tatacara praktikum.

Dia berharap siri jelajah itu akan terus diadakan dari semasa ke semasa bagi memudahkan pelajar khususnya mengetahui tatacara tersebut sebelum menjalani latihan amali.