iBGraphy Studio Milik Pelajar SMMTC, UUM

iBGraphy Studio Milik Pelajar SMMTC, UUM Rangkul Tempat Ke-2 1Minute Marketing Video Challenge

UUM ONLINE: Minat dalam bidnag industri kreatif dan fotografi telah mendorong pelajar Teknologi Media, SMMTC, Muhamad Nabil Mohd Kharil@Hamzah menyertai Pertandingan 1Minute Marketing Video Challenge yang akhirnya membuahkan hasil apabila mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu.

 

Menurutnya, dia menyertai pertandingan anjuran Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan itu kerana ingin mendapatkan pengalaman dan mengasah bakat yang dimiliki.

 

 

Katanya, pertandingan yang disertainya itu secara tidak langsung adalah untuk memperkenalkan perniagaan yang diusahakan dalam bentuk video selama satu minit.

 

“Saya yakin mampu menghasilkan karya tersendiri yang lebih hebat, jadi menerusi iBGraphy Studio yang dibangunkan bersama rakan kongsi, Intan Nurfatin Najihah, saya dapat mencurahkan hasil karya tersendiri.

 

“iBGraphy Studio merupakan syarikat produksi kreatif yang pakar dalam fotografi dan videografi perkahwinan. Selain majlis perkahwinan, hasil kreatif produksi ini juga meliputi foto dan video pengiklanan, dokumentari, acara sukan dan keramaian, serta majlis-majlis yang lain,”katanya yang membawa pulang hadiah bernilai RM300.

 

Kata Muhammad Nabil, dia bersyukur dengan kemenangan itu dan tidak sangka akan berada di dalam senarai 10 teratas daripada 46 peserta dari seluruh IPTA di Malaysia.

 

Menurutnya, penyertaannya dalam pertandingan tersebut ialah untuk meluaskan jaringan perniagaan, di samping mempelajari ilmu daripada peserta lain.

 

Tahniah Nabil dan Intan! Semoga iBGraphy Studio terus maju di masa hadapan dan dapat menjadi usahawan contoh kepada pelajar lain menceburi bidang keusahawanan.

 

 

Sumber: UUM Corporate Comm.

Oleh: Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad

Gambar oleh: CEDI UUM

Connect with us

School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC),
UUM College of Arts and Sciences,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

  • Phone: +604 9285801 / 5803 / 5810 / 5813 / 5814

  • fax: +604 9285804

  • email: mmtc@uum.edu.my

 

Search