Majlis Anugerah Kecermerlangan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi  2019 yang berlangsung pada 25 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama, SMMTC telah mengiktiraf sumbangan dan pencapaian Staf Akademik dan Staf Pentadbiran dalam pelbagai bidang yang telah memberi impak kepada kecemerlangan Universiti.

 

 

  

Para penerima anugerah pada majlis ini menggarap harapan dapat bekerja dengan lebih cemerlang bagi memastikan aspirasi UUM untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka akan tercapai.

 

Mereka turut merakamkan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof. Madya Ts. Dr. Sobihatun Nur binti Abdul  Salam  dan juri-juri di atas kepercayaan yang diberikan.

 

Salah seorang Pensyarah Kanan SMMTC yang juga merupakan penerima anugerah melebihi tiga kategori iaitu,  Dr. Nadia Diyana Mohd Muhaiyuddin berkata, anugerah ini melambangkan usaha beliau dihargai oleh pihak pengiurusan Pusat Pengajian dan  beliau akan terus berusaha mempertingkatkan lagi penyelidikan, perundingan dan penerbitan dan  seterusnya melakukan pembaharuan inovasi dalam pengurusan media yang sentiasa berubah daripada media tradisional kepada digital.

 

Menurutnya, perlu ada perubahan dari satu keadaan kepada keadaaan yang lain, perubahan perlukan tindakan, dan setiap tindakan perlu ada ilmu agar dapat mencapai kejayaan dan seterusnya dapat memberi manafaat kepada orang lain.

 

"Saya juga berterima kasih di atas pemilihan sebagai penerima anugerah dan berharap dapat memberikan lebih banyak sumbangan bermakna pada masa hadapan," katanya yang menerima Anugerah Penyelidik Terbaik (Geran Kebangsaan) iaitu RM114,240.00, Anugerah Penyelidik Muda Terbaik dan Anugerah Penerbitan Terbaik (Prosiding Berindeks Scopus/ISI).

 

Bagi penerima Anugerah Khas (Pengajaran dan Pembelajaran), Cik Nuredayu Omar,  beliau melahirkan rasa syukur dan dihargai kerana diberi anugerah tersebut kerana penglibatan aktif beliau dalam aktiviti dan persatuan pelajar.

 

Sumber: SMMTC News

Connect with us

School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC),
UUM College of Arts and Sciences,
Univeristi Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia

  • Phone: +604 928 5800 /5801 / 5802 / 5803

  • fax: +604 928 5804

  • email: mmtc@uum.edu.my

 

Search