Pensyarah Komunikasi UUM Terima Emerald Literati Award 2019

Pensyarah Komunikasi UUM Terima Emerald Literati Award 2019


21 NOVEMBER 2019 / 24 RABIULAWAL 1441H

=====================================

 

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 

Berita dan gambar oleh: SMMTC

 

UUM ONLINE: Tiada yang lebih membanggakan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Prof. Madya Dr. Bahtiar Mohamad telah dianugerahkan Highly Commended Paper Award bagi  Emerald Literati Award 2019, baru-baru ini.

 

Beliau menerima anugerah tersebut bagi artikel bertajuk 'Antecedents and Consequences of Corporate Communication Management (CCM): An Agenda for Future Research' yang telah diterbitkan dalam jurnal The Bottom Line, Vol. 31, Issue 1 dan jurnal itu juga telah diberikan penarafan Q2 dalam Scopus Index Journal dan SJR Scimago 2018.

 

Dr. Bahtiar berkata, anugerah yang diterima itu merupakan satu pengiktirafan kepada pensyarah UUM di peringkat antarabangsa.

 

"Dengan pengiktirafan ini, secara tidak langsung membantu menyumbang kepada keternampakan (visibility) UUM dan pada masa sama, ia mampu meningkatkan reputasi universiti dalam bidang penyelidikan dan penerbitan karya ilmiah di arena antarabangsa.

 

"Saya juga tidak sama sekali menjangkakan untuk menerima anugerah ini kerana penjurian bagi pemilihan dilakukan dengan sangat ketat," katanya yang juga merupakan Dekan PPA CAS.

 

Beliau berkata, Lembaga Penasihat Editorial (EAB) jurnal terbitan Emerald dijemput untuk memilih pemenang anugerah dari artikel yang diterbitkan oleh jurnal tersebut sepanjang tahun 2018. 

 

Menurutnya, editor akan menyenarai pendek artikel yang terbaik untuk dicalonkan dan kemudian EAB akan memilih tiga artikel dengan memberikan skor 1 hingga 3, kemudian pemenang yang mendapat undian tertinggi akan dipilih.

 

Katanya, kriteria ditetapkan sebagai prasyarat dalam dalam pemilihan artikel terbaik ialah sumbangan sesuatu yang baharu kepada ‘body of knowledge’, struktur dan persembahan artikel yang menarik, penulisan yang baik, 'rigor' dari segi hujah atau analisis, relevan dari segi amalan dan penyelidikan lanjutan, terkini dari segi topik dan rujukan dan artikel yang terbaik harus mempunyai ‘X-factor' iaitu sesuatu yang menjadikannya menonjol dari yang lain yang membolehkan EAB dapat mengenalpasti keunikan tersebut.

 

Selain Dr. Bahtiar sebagai penulis pertama, artikel berkenaan turut membariskan tiga penulis bersama iaitu Bang Nguyen dari East China University of Science and Technology; TC Melewar dari Middlesex University London dan Rossella Gambetti dari Catholic University of the Sacred Heart, Milan.

 

 

Anugerah telah disampaikan oleh Pengurus Perniagaan bagi Asia Timur, Emerald Publishing, Elvin Cheah.

 

Sumber: UKK UUM

Connect with us

School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC),
UUM College of Arts and Sciences,
Univeristi Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia

  • Phone: +604 928 5800 /5801 / 5802 / 5803

  • fax: +604 928 5804

  • email: mmtc@uum.edu.my

 

Search