Pelan Tindakan Bantu Kelestarian Negeri Kedah

UUM ONLINE: Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah bersama Pensyarah UUM membincangkan pelan tindakan untuk membantu kelestarian negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Kompleks Konvensyen, UUM, baru-baru ini.

“Pertemuan ini rentetan Sesi Dialog Sumbang Saran yang telah diadakan pada 17 Mac 2019 selain memanfaatkan kepakaran yang ada di UUM dengan menyaksikan empat pembentangan telah diadakan.

“Sekiranya ada idea yang baik yang boleh dilaksanakan untuk semarakkan pembangunan negeri Kedah khususnya Kubang Pasu amat dialu-alukan. Semoga sesi ini dapat membuahkan hasil dengan penjanaan idea yang berkualiti,” katanya dalam Dialog Sumbang Saran Bersama Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau berharap program anjuran IPDM ini dapat mengumpul idea dan input yang akhirnya membentuk pelan tindakan yang menyeluruh bagi membantu kelestarian Kubang Pasu dan kerajaan negeri.

Sementara itu, pembentang pertama, Prof. Madya Dr. Chandrakantan A/L Subramaniam membentangkan cadangan yang memfokuskan usahawan B40 di Kubang Pasu dengan melatih dan membimbing peserta secara teori dan praktikal bagi menyediakan peluang pekerjaan. 

Beliau menyatakan hasrat CEDI untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah dalam aspek pembangunan keusahawanan di negeri Kedah.

“CEDI mempunyai kepakaran dan bersedia untuk membantu menyediakan Pelan Pembangunan Keusahawanan Negeri Kedah selain menyarankan agar satu pangkalan data usahawan bagi negeri Kedah diwujudkan bagi tujuan kemudahan akses data usahawan,” ujarnya yang juga Pengarah Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI).

Antara pembentang lain seperti Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak; Pengarah Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti, Prof. Madya Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dan Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan, Mohd Syahril Said.

Hadir sama, YB Halimaton Shaadiah Saad, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan Pengarah IPDM, Prof. Dr. Zakaria Abas.
 
 
Sumber: UKK UUM
 
 
 

 

 
 
 

Connect with us

School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC),
UUM College of Arts and Sciences,
Univeristi Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia

  • Phone: +604 928 5800 /5801 / 5802 / 5803

  • fax: +604 928 5804

  • email: mmtc@uum.edu.my

 

Search