Usaha SMMTC Dalam Meningkatkan Kerjasama Dengan Alumni

Last Updated: 29 May 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Usaha SMMTC Dalam Meningkatkan Kerjasama Dengan Alumni

 UsahaSMMTCDalamMeningkatkanKerjasamaDenganAlumni2014


SMMTC ONLINE: Sebagai sebahagian dari usaha merapatkan hubungan dan meningkatkan kerjasama antara alumni dengan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), satu program Alumni Home-Coming sempena SMMTC Week 2014 telah diadakan baru-baru ini yang berlangsung pada 17 dan 18 Mei 2014.  Program selama dua hari ini dimulakan dengan jamuan makan malam di Dewan Sri Angsana, EDC bagi mengalu-alukan kepulangan semula alumni ke bumi Sintok. Selepas jamuan makan malam, satu sesi percambahan idea untuk meningkatkan lagi penglibatan alumni telah diadakan dengan jayanya.

Pada keesokkan harinya, para alumni telah hadir ke Pusat Pengajian bagi mengikuti beberapa program yang telah dirancang sempena SMMTC Week 2014. Sebahagian alumni juga telah terlibat sebagai penilai untuk pembentangan kerja kursus para pelajar.  Di sebelah petang pula, satu sesi selari ceramah kerjaya telah diadakan dengan kerjasama para alumni. Ceramah kerjaya berkaitan Produksi Animasi telah dijayakan oleh alumni Ijazah Sarjana Muda Multimedia tahun 2005 iaitu En Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian yang merupakan Pengarah Urusan DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian).  Untuk pelajar bidang komunikasi pula, ceramah kerjaya telah dijayakan oleh beberapa alumni kumpulan pertama mereka termasuk Pn. Ku Norhayati Imam Asmawi, Pengarah Urusan Hawk Protection Sdn Bhd.

Sekian.
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM