TEROKAI INDUSTRI MEDIA

Last Updated: 28 October 2015      [download this article]

 smmtc logotuum30t

15 SEPTEMBER 2015 / 01 ZULHIJJAH 1436H

 

TEROKAI INDUSTRI MEDIA

image005 

Sintok, 14 September : Sebuah program perkongsian ilmu ‘Journey to Media Industry’ telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 6/8, Universiti Utara Malaysia pada pukul 10 pagi.

Prof. Adjung Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Datuk Ahmad A. Talib berkata, mahasiswa yang ingin menceburi dalam bidang ini haruslah mempunyai sikap yang proaktif dan keyakinan diri yang mantap.

“Untuk menjadi seorang wartawan, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan isu-isu semasa di dalam dan di luar negara bagi mengharungi cabaran dalam dunia media.

Menurutnya lagi, mahasiswa tidak perlu takut untuk menonjolkan diri dalam mengutarakan pendapat. Seterusnya menjadikan pembelajaran di universiti sebagai pemangkin kepada pembangunan diri mahasiswa.

HABIS.
==========================================================
SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Fax: 04-928 5804

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM