SMMTC Terima Geran Hampir Suku Juta Daripada KKMM

Last Updated : 20 January 2016 [download this file]

smmtcDiscover2016

 

18 JANUARI 2016 / 08 RABIULAKHIR 1437H

SMMTC TERIMA GERAN HAMPIR SUKU JUTA DARIPADA KKMM

 

image003-min

 

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) sekali lagi menerima kunjungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru-baru ini bagi membincangkan lebih lanjut pelaksanaan program yang dirancang sebelum ini.

Mengetuai delegasi KKMM ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, En. Nik Kamaruzaman Nik Husin diiringi empat pegawai KKMM yang lain. Perbincangan dua hala telah diadakan bagi memperincikan Program Pembangunan Modal Insan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) 2016 yang akan dilaksanakan bermula April 2016.

Program ini menjurus kepada empat elemen industri kreatif yang akan diterapkan kepada peserta iaitu filem, drama TV, animasi dan muzik dengan penglibatan ramai pemain industri tanah air yang akan hadir ke UUM dan berkongsi idea dan kepakaran mereka dalam bentuk forum, bengkel serta hands-on.

Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pelajar dan belia yang berminat dari seluruh negara, dengan penginapan ditanggung oleh pihak penganjur mengikut kuota yang ditetapkan. Bersesuaian dengan kempen “Discover UUM 2016”, program ini bukan sahaja mendekatkan peserta dengan “sifu” dalam bidang masing-masing, malah akan turut menikmati kemudahan dan keindahan flora dan fauna dalam kampus UUM.

Di akhir sesi perbincangan, KKMM turut menyampaikan geran berjumlah RM240,000 bagi merealisasikan program ini dengan jayanya. Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid merakamkan penghargaan kepada KKMM dan berharap dengan adanya geran seumpama ini akan menggalakkan lebih ramai belia terlibat dalam industri kreatif negara serta meningkatkan kemahiran modal insan ke arah menjadi warga yang kreatif dan inovatif. Program ini pastinya akan menyokong pembangunan negara ke arah masyarakat maju menjelang tahun 2020.

Habis.

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM