SMMTC-SCIMPA WEEK 2017 PADAT AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR DAN PENSYARAH

Last Updated : 23 May 2017[download this file]

smmtc

22 MEI 2017 / 25 SYAABAN 1438H 

==========================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

SMMTC-SCIMPA WEEK 2017 PADAT AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR DAN PENSYARAH

image002 min

SMMTC ONLINE: Penolong Naib Canselor, Kolej Sastera dan Sains Prof. Madya Dr. Huda Ibrahim telah menyatakan komitmen beliau untuk sentiasa menyokong penuh program yang memberi impak dalam pembangunan pelajar dan pensyarah.

Semasa merasmikan Minggu SMMTC-SCIMPA 2017, Isnin lalu, beliau  turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan penganjuran program tersebut yang padat dengan aktiviti yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan sahsiah, kemahiran diri, kerohanian, dan sukan.

Saya berharap segala program yang telah dirangka adalah satu usaha berterusan untuk kita sentiasa meneroka ilmu terkini dengan melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan,” katanya.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Ariffin Abd Mutalib, program Minggu SMMTC-SCIMPA 2017 yang bertemakan Nurturing Talents: Toward a Better Youth Wellbeing telah menggabungkan pelbagai aktiviti yang memenuhi tuntutan akademik, kemahiran insaniah, jasmani, dan rohani bagi kemaslahatan pelajar, staf, dan tidak ketinggalan masyarakat di sekitar kampus UUM Sintok.

“Selain memfokus kepada aktiviti pelajar, Minggu SMMTC-SCIMPA 2017 juga mengadakan aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar seperti sukaneka, trekking ke ‘hidden lake’ dan juga gotong royong memasak untuk majlis penutup pada 18 Mei nanti,” kata beliau semasa berucap di majlis yang sama.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dr. Ahmad Hisyam Zainal Abidin dalam ucapannya berharap program ini akan memberikan manfaat ilmu dan pengalaman kerana panel-panel luar dari industri turut dijemput untuk memberikan input kepada hasil kerja pelajar. Beliau turut menyeru para pelajar memanfaatkan bajet sebanyak RM80 juta yang telah diperuntukkan khusus untuk menyemarakkan industri kreatif negara.

Program selama lima hari itu yang berlangsung mulai 14 sehingga 18 Mei adalah acara tahunan yang dianjurkan sebagai platform untuk mengetengahkan aktiviti pelajar. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah forum tentang Natijah Hamil di Luar Nikah, ceramah penjagaan kulit, kesedaran beg plastik dan keselamatan jalan raya. Ceramah berkaitan entrepreneurship dan technopreneurship, forum tentang penjenamaan dan ‘racism’ serta bengkel cerpen dan berita turut dilaksanakan.

Selain itu, pameran pelbagai aktiviti pelajar, pertandingan inovasi dan gerai jualan turut memeriahkan program tersebut. Maklumat lanjut berkaitan program boleh didapati di https://www.facebook.com/Smmtc-Scimpa-WeeK-2017-484350501754992/?fref=ts.

HABIS.

smmtcfoot

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM