SMMTC MENERIMA LAWATAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Last Updated: 17 November 2015      [download this article]

smmtc logot  uum30t

12 NOVEMBER 2015 / 30 MUHARAM 1437H

 

SMMTC MENERIMA LAWATAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

image004

 SMMTC ONLINE: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kini meningkatkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dari segi penyediaan kandungan kreatif. Ini berlandaskan kepada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang melihat inovasi dan kreativiti sebagai elemen penting kepada pembangunan modal insan.

Bagi merealisasikan hasrat murni tersebut, Bahagian Pembangunan Kandungan KKMM telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) baru-baru ini, diketuai oleh Setiausaha Bahagian En. Nik Kamaruzaman Nik Husin. Turut serta adalah empat pegawai KKMM yang lain. Perbincangan dua hala telah diadakan dengan mengetengahkan pelbagai program yang memberi impak kepada golongan sasaran.

Antara lain adalah cadangan penganjuran Asian Youth Indie Film Festival 2016 (AYIFF 2016), bengkel multimedia, forum dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan tema filem, drama TV, muzik dan animasi.

Sekian, terima kasih.


==========================================================
SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Fax: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM