SMMTC dan RIMC Anjur Bengkel Penerbitan Pelajar Pasca Sarjana

Last Updated : 27 July 2017 [download this file] 

smmtcTrans

27 JULAI 2017 / 03 ZULKAEDAH 1438H

=============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

SMMTC DAN RIMC ANJUR BENGKEL PENERBITAN PELAJAR PASCA SARJANA

image005 minds

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan bengkel 3 hari bagi meningkatkan penerbitan berimpak tinggi dalam kalangan pelajar pasca siswazah. Program ‘SMMTC Postgraduate Publication Workshop (SPPW)’ di adakan bermula 16-18 Julai 2017 bertempat di EDC Hotels & Resorts.

Sebanyak 3 sesi ceramah telah diadakan sepanjang bengkel yang dimulai oleh Dr. Bahtiar Mohamad dengan topik  ceramah ‘Preparing High Impact Journal Article?’ pada hari pertama, diikuti oleh sesi perkongsian penerbitan pada hari kedua oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi dengan topik “Academic Writing and Publication in High Impact Journal’. Pada hari ketiga, Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar membincangkan tajuk “How To Revise And Resubmit Your Journal Article?”. Selain ceramah, bengkel ini turut diisi dengan sesi penulisan secara ‘hands-on’. Di akhir bengkel, sebanyak 29 buah artikel telah berjaya dihasilkan dan dihantar secara online untuk diterbitkan di jurnal-jurnal berindeks Scopus dan Web of Science (WoS).

Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib berkata, bengkel yang diadakan secara percuma ini khusus kepada pelajar pasca sarjana dalam usaha SMMTC dan RIMC meningkatkan jumlah penerbitan di jurnal Scopus dan WoS. Selain dari pelajar SMMTC, bengkel ini turut mendapat sambutan pelajar pasca siswazah dari SBM, SEFB, SQS, SAPSP, SEML dan OYAGSB.

Bengkel ini adalah sebahagian dari siri SMMTC Postgraduate Workshop yang telah dijalankan setiap bulan sejak Mac 2017.

HABIS

smmtcfoot

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM