SANTAI SEJAM MULA EPISOD BARU SMMTC

Last Updated: 20 Feb  2019 [download this file] 

smmtchead

16 JANUARI 2018 / 10 JAMADILAWAL 1440H

=====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

SANTAI SEJAM MULA EPISOD BARU SMMTC

image002 min

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) mengadakan Program Santai Sejam Bersama Dekan bagi memulakan episod baharu bersama dengan kakitangan akademik dan pentadbiran pusat pengajian ini. Dengan menggunakan tema Membina Persekitaran Kerja Menyeronokkan, pelbagai usaha baharu akan digembelengkan dan akan meneruskan program sedia ada bagi memastikan pusat pengajian ini mencapai matlamat seperti apa yang dirancang bagi meneruskan kecemerlangan SMMTC.

Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr Mohd Sobhi Ishak berkata, kecemerlangan ini mesti diteruskan dengan setiap orang melakukan setiap pekerjaan yang diamanahkan dengan baik dan sempurna.

Katanya, mereka boleh bekerja dengan memberi tumpuan sumbangan kepada kecemerlangan individu tetapi mesti mempunyai hubung kait dengan Pusat Pengajian supaya ia selari dengan indeks prestasi pencapaian individu dan pusat pengajian.

Beliau berkata, tiga perkara perlu menjadi teras pembangunan organisasi iaitu memahami sejarah, struktur dan biografi yang menjadi latar sistem sosial sebagai asas menggerakkan  penyatupaduan, kesepaduan dan perpaduan. “Perpaduan sebagai sesuatu yang kita diidamkan. Perkara ini memerlukan usaha kesepaduan berterusan melalui pembinaan rasa kekitaan, keterangkuman, penyertaan, pengiktirafan, legitimasi dan kesaksamaan,” katanya.

Menurutnya lagi, hal ini memerlukan penjanaan etos organisasi iaitu identiti dan jati diri yang kuat dan  proses penyatupaduan pula adalah usaha memartabatkan bidang ilmu, memahami sempadan bidang ilmu dan hubungan rentas bidang ilmu dalam SMMTC.  “Semua ini sudah pasti akan melibatkan proses perundingan, tawar menawar dan mediasi dari masa ke semasa,” katanya.

Tambahnya, penjawat-penjawat yang dilantik perlu bijaksana merangka dan menggerakkan penambahbaikan dalam urus tadbir dan pembangunan pusat pengajian supaya proses penyatupaduan akan berlangsung dengan harmoni dan sejahtera. “Ini memerlukan kerjasama dan sokongan kakitangan akademik dan pentadbiran keseluruhannya, supaya pengembelengan ini mampu mencapai sasaran yang ditetapkan untuk kebaikan bersama.

“Peranan setiap individu penting supaya SMMTC boleh melangkah setapak lagi ke hadapan dalam mengilap bidang media, komunikasi dan multimedia untuk manfaat negara,” katanya.

Habis.

smmtcfoot

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM