Penghargaan kepada Pelajar Praktikum SMMTC

Last Updated : 21 January 2016 [download this file]

smmtcDiscover2016

19 JANUARI 2016 / 09 RABIULAKHIR 1437H

PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKUM DI SMMTC

image004-min 

 

 

SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Siti Nur Ammarah Zulkifli, Nurul Atiqah Mohd Fawzi, Afiqah Harithuddin, Shahirah Aisyah Mohd Noor dan Farhatun Najwa Rusli. Kelima-lima mereka adalah pelajar dari Program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Multimedia) yang telah menjalani latihan praktikal di SMMTC selama 6 bulan iaitu dari Julai 2015 hingga 10 Januari 2016.

 

Sepanjang menjalani latihan praktikal, mereka telah banyak membantu SMMTC dalam menyediakan pelbagai bahan multimedia dan ICT untuk program yang dianjurkan oleh pusat pengajian. Antara hasil yang dapat dilihat adalah pembangunan aplikasi mobile iaitu Al-Syifa dan SynD. Selain itu turut dibangunan adalah Kiosk AR@SMMTC, Sistem Tempahan Bilik dan Sistem Tempahan Peralatan yang akan memberi nafas baru kepada pentadbiran di SMMTC. Bagi merancakkan aktiviti pengkomersilan di SMMTC, mereka juga turut membangunkan Modul Interaktif Latihan Solat Khusyuk bersama Prof. Madya Dr. Azharuddin Sahil sepanjang di sini.

 

Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga berjaya dalam karier masing-masing, selain meminta agar mereka terus berhubung dengan UUM melalui pusat pengajian dan Pusat Alumni.

 

Habis.

 

 

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

 

 

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM