Pelajar BCIM Mendapat Tajaan Dari BINUS University

Last Updated: 04 December 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Tahniah! Pelajar BCIM Mendapat Tajaan Dari BINUS University 

 IzzulAfiMohdNoah

SMMTC ONLINE: Tahniah diucapkan kepada Saudara Izzul Afi Mohd Noah iaitu pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif (BCIM), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) kerana telah berjaya mendapat tajaan dari BINUS University untuk menghadiri Pameran Fresh n Brite ke-12 anjuran School of Design, BINUS University, Jakarta pada 10 - 14 Disember 2014. Bantuan tersebut diberi kepada 10 orang remaja ASEAN, setiap seorang akan mewakili setiap negara ASEAN. Bantuan yang akan diberi adalah dalam bentuk tiket kapal terbang pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, kemudahan penginapan selama 5 malam, makan 3 kali sehari, pengangkutan dan lawatan di sekitar Jakarta.

Pada tahun ini, pihak penganjur telah memilih “Enriching ASEAN Awareness Through Artistic and Creative Actions” sebagai tema program. Pameran ini telah dianjurkan semenjak tahun 2003 lagi bertujuan mempamerkan hasil kerja seni pelajar kepada pihak industri dan orang ramai. Sepanjang di sana nanti, Izzul Afi akan mempamerkan poster kreatif beliau bertemakan “Harmony ASEAN” dan juga akan menyertai bengkel dan sesi ceramah. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA), UUM College of Arts and Sciences atas usaha mendapatkan tajaan tersebut.

Tamat.

 ===============================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801 / 5809 / 5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM