PELAJAR BAHARU SMMTC DISUNTIK SEMANGAT DAN MOTIVASI

Last Updated: 03 September 2015      [download this article] 

UKKLogo   uum30t 

3 SEPTEMBER 2015/ 19 ZULKAEDAH 1436H


PELAJAR BAHARU SMMTC DISUNTIK SEMANGAT DAN MOTIVASI

   pelajarBaharu-sep2015-

Sesi pelajar baharu bersama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) kelmarin dimulakan dengan doa bagi memberkati majlis tersebut. Slot pertama bersama Dekan SMMTC, Dr. Rosli bin Mohammed sarat dengan mesej-mesej bersemangat kepada pelajar baharu agar berusaha bersungguh-sungguh demi kejayaan masa depan. Beliau turut mengingatkan pelajar agar rajin berusaha serta memahami visi dan misi pusat pengajian yang telah digariskan.
 
Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid dijemput untuk berkongsi pengalaman mengenai masa depan industri media di peringkat domestik dan global. Pelajar diberikan gambaran jelas tentang industri serta langkah-langkah untuk mempersiapkan diri ke arah tersebut. Beliau turut memberikan kata-kata motivasi kepada pelajar agar tidak mudah mengalah kerana industri ini sangat luas peranannya.
 
Slot terakhir adalah pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat program masing-masing untuk bersama penyelaras program. Taklimat berkaitan akademik telah diberikan kepada pelajar agar dapat menyusun perjalanan pembelajaran dengan lebih sistematik. Pelajar juga dapat berkongsi pandangan secara bersemuka bersama staf akademik berkaitan kehidupan di kampus
 
Habis.
 
 ===============================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM