Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas dan Kenang Jasa SMMTC 2017

Last Updated : 6 Feb 2017 [download this file]

 logo smmtc      

5 FEBRUARI 2017 / 8 JAMADILAWWAL 1438H
====================================

 "UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS DAN KENANG JASA SMMTC 2017

 image004 min

SMMTC ONLINE: Sesi penyampaian nota serah tugas bagi penjawat Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah diadakan pada 26 Januari lalu. Mantan penjawat 2016 telah menyerahkan tugas masing-masing kepada penjawat baharu yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib.

Dalam majlis yang meriah ini, mantan Dekan Dr. Norsiah Abdul Hamid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf akademik dan pentadbiran yang memberikan kerjasama terbaik sepanjang 2016. Beliau juga turut meminta semua staf SMMTC memberikan komitmen yang lebih jitu kepada penjawat baharu.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Mengenang Jasa kepada En. Mot Madon, Pensyarah Kanan SMMTC yang bersara pada 27 Januari 2017. Dengan nada pilu untuk meninggalkan SMMTC dan UUM, beliau mengucapkan jutaan penghargaan atas peluang yang diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di sini iaitu kira-kita 17 tahun.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang turut dihadiri semua staf akademik dan pentadbiran SMMTC.

Habis.

smmtcfoot

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM