Lawatan Pelajar SMMTC Ke PSU

Last Updated : 13 March 2016 [download this article]

smmtcDiscover2016

13 MAC 2016 / 04 JAMADILAKHIR1437H

LAWATAN PELAJAR SMMTC KE PSU JALIN KERJASAMA ERAT

image002-min

SMMTC ONLINE: Seramai 32 pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun dua dan tiga dari Universiti Utara Malaysia (UUM) gembira dengan lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Komunikasi Universiti Prince of Songkla (PSU), Pattani, Thailand pada 12 dan 13 Februari lalu.

Program anjuran Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para pelajar UUM mengenai hubungan antarabangsa seterusnya dapat menjalinkan kolaborasi di antara UUM dan PSU pada masa hadapan.

Dekan Fakulti Sains Komunikasi, Prof. Madya Dr. Walakkamol Changkamol berharap hubungan antara pelajar kedua-dua universiti akan terus terjalin pada masa akan datang.“Ini adalah permulaan bagi Fakulti Sains Komunikasi PSU dan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) UUM dalam menjalinkan hubungan antara kedua-dua universiti. “Hubungan ini bukan di kalangan pelajar semata-mata malah hubungan dua hala antara pensyarah kedua-dua universiti untuk bertukar idea serta pendapat berkaitan soal isu semasa dan dunia media,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan pelajar UUM yang turut disertai oleh Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid dan tiga pensyarah lain.

Sementara itu, Dekan SMMTC, Dr. Norsiah Abdul Hamid dalam ucapannya menawarkan tenaga pensyarah SMMTC untuk mengajar di PSU bagi mata pelajaran tertentu untuk membuktikan hubungan yang akrab. “Hubungan juga boleh dilakukan menerusi penyelidikan bersama antara tenaga akademik kedua-dua universiti,” katanya.

Salah seorang peserta program ini, Hidayah Hussain menyatakan kegembiraan dan bersemangat untuk turut bersama rakan-rakan dalam lawatan ini. “Saya sangat gembira dan teruja kerana terpilih dalam lawatan ini dan ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke PSU, Fakulti Sains Komunikasi”, katanya yang merupakan pelajar semester empat Program Sarjana Muda Teknologi Media.

Rata-rata pelajar yang menyertai program ini menyatakan rasa puas hati dengan lawatan dan layanan yang diberikan oleh pihak PSU serta dapat membuka minda mereka mengenai kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang terdapat di situ.

Habis.

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM