Kolaborasi SMMTC dan PBS Diteruskan

Last Updated : 13 March 2017 [download this file]

smmtcTrans

12 MAC 2017 / 13 JAMADILAKHIR 1438H

=============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

KOLABORASI SMMTC DAN PBS DITERUSKAN

 image003 min

SMMTC ONLINE: Program Teknologi Media, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah menjalinkan kerjasama erat dengan Radio Kampus Uniutama.fm yang dikendalikan oleh Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM bagi melahirkan penyiar dan personaliti radio. Kerjasama itu terjalin bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar Teknologi Media dalam aspek praktikal dan teori serta pengendalian stesen radio secara online.

Sebagai langkah awal, seramai 27 pelajar dari kursus Penerbitan Radio Online, Program Teknologi Media diberi peluang untuk merasai pengalaman menjadi penyiar radio, menghasilkan program dan menjadi personaliti radio. Pengarah PBS, Huzaidy Hussain berkata, studio radio ini boleh digunakan oleh semua pelajar bidang penyiaran untuk menyiapkan tugasan dan mengendalikan penerbitan radio secara praktikal.

Beliau berkata, kolaborasi ini sangat baik dan ia perlu diteruskan lagi antara SMMTC dan PBS pada masa akan datang. Katanya, radio ini dilancarkan pada 1 Januari 2014 oleh Allahyarham Mantan Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, Datuk Prof. Ahmad Fauzi Ahmad Basri.

“Penerbitan radio ini berkonsepkan pendidikan dan hiburan dengan menyiarkan rancangan kepada pendengar terdiri daripada warga kampus dan penduduk sekitar apabila mereka mampu mendengar siaran radio melalui internet,” katanya. Beliau juga berkata, penglibatan pelajar penyiaran dalam kursus ini dapat membantu mereka mempunyai keyakinan diri ketika berkomunikasi dalam konti radio dan mendapat pengalaman berguna sebagai seorang penyiar radio.

Huzaidy berkata, beliau sangat terharu kerana pihak SMMTC sudi berkolaborasi dengan pihak PBS dalam mengendalikan radio ini. “Tanpa kolaborasi seperti ini, mungkin pihak PBS sukar untuk mendapatkan tenaga mahir daripada pelajar SMMTC”. “Kolaborasi ini juga secara tidak langsung memberikan kebolehan dan kelebihan dari segi teori dan praktikal kepada pelajar SMMTC dalam mengendalikan radio ini,” katanya.

Beliau berharap agar dapat melahirkan lebih ramai penyiar radio yang berbakat dan mereka boleh melangkah jauh pada masa hadapan.

HABIS.

smmtcfoot

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM