DUA INSTRUMEN PENSYARAH SMMTC DIJADIKAN PENGUKURAN DAN SKALA PSIKOLOGI OLEH AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

Last Updated: 28 October 2015      [download this article]

 smmtc logotuum30t

14 SEPTEMBER 2015 / 30 ZULKAEDAH 1436H

 

DUA INSTRUMEN PENSYARAH SMMTC DIJADIKAN PENGUKURAN DAN SKALA PSIKOLOGI OLEH AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)

 image005-min

Dua instrumen yang dibangunkan oleh pensyarah Jabatan Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi dijadikan sebagai pengukuran dan skala psikologi oleh American Psychological Association (APA).

Instrumen pertama yang berkaitan skala komunikasi organisasi yang dibangunkan oleh Prof. Dr. Che Su Mustaffa dan Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar dengan nama “Malaysia Organizational Communication Scale”. Pembagunan instrumen ini yang dibiayai oleh geran FRGS Kementerian Pengajian Tinggi telah diterbitankan dalam Corporate Communication: An International Journal. Prof. Dr. Che Su Mustaffa menyatakan keunikan instrumen yang dibangunkan ini adalah dimensi budaya Malaysia diterapkan dalam skala ini.

Instrumen kedua yang berkaitan dengan gaya komunikasi di tempat kerja yang dibangunkan oleh Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar, Prof. Dr. Che Su Mustaffa, Dr. Haslina Halim, Dr. Romlah Ramli dan juga Cik Nuredayu Omar dengan nama “Communication Style in Malaysian Workplace Scale” juga dibangunkan melalui geran FRGS Kementerian Pengajian Tinggi telah diterbitankan di dalam Journal of Intercultural Communication Research.

Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar yang mewakili peyelidik telah menandatangani perjanjian “PsycTESTS Agreement” dengan pihak APA pada 10 September 2015 yang lalu menyatakan rasa kesyukuran dengan pengiktirafan APA kepada kumpulan penyelidik di Malaysia. Prof. Dr. Che Su Mustaffa pula menyatakan beliau amat gembira dengan perkembangan ini dan berharap lebih banyak instrumen yang berkaitan dengan budaya masyarakat Malaysia perlu dibangunkan.

Trenise Boston wakil American Psychological Association menyatakan melalui kiriman emel beliau dengan perjanjian ini, skala ini bukan sahaja dijadikan sebagai skala psikologi malahan skala ini juga akan dimasukkan di dalam pengkalan data PsycTESTS  American Psychological Association. Pengkalan data ini memuatkan lebih kurang 30,000 rekod pengukuran dan skala psikologi. Ini juga akan membolehkan ahli American Psychological Association mengakses intrumen yang telah diterbitkan oleh Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar. Trenise Boston juga menyatakan instrumen yang dipilih ini merupakan yang pertama dari Malaysia dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada penilaian sistematik jurnul-jurnul yang menggunakan format APA iaitu dengan memberikan keputusan terperinci tentang skala yang dibangunkan.

Prof. Dr. Che Su Mustaffa dan Prof. Madya Dr. Hassan Abu Bakar juga berharap lebih banyak dana penyelidikan dapat disalurkan bagi menjalankan penyelidikan tentang pembangunan instrumen budaya Malaysia. Mereka juga berharap lebih ramai rakan-rakan penyelidik mengunakan instrumen ini bagi membolehkan masyarakat Malaysia memahami dengan lebih terperinci tentang keunikan budaya Malaysia.

HABIS.
==========================================================
SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Fax: 04-928 5804

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM