Datuk Ahmad A.Talib & Datuk Mior Kamarulbaid Berkongsi Pengalaman Dengan SMMTC WEEK 2015

Last Updated: 12 May 2015      [download this article]

smmtc logot uum30t

13 MEI 2015 │24 REJAB 1436H 

 

DATUK AHMAD A. TALIB DAN DATUK MIOR KAMARULBAID MIOR SHAHID BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN SMMTC 

image004 

SMMTC Online: Pada hari ketiga program SMMTC Week 2015, satu forum media yang bertajuk ‘Media dan Universiti’ telah diadakan di Dewan Seminar SMMTC bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Dua ahli panel jemputan iaitu, Datuk Ahmad A. Talib dan Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid telah hadir untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dengan pelajar dan staf akademik SMMTC berkaitan dengan perkembangan terkini industri media dan komunikasi.

 

Pelajar juga turut berpeluang berinteraksi dengan panel jemputan bagi mengupas persoalan isu forum dengan lebih lanjut. Forum media ini secara tidak langsung membolehkan warga UUM mengetahui peranan dan penglibatan pihak industri media dan komunikasi dalam usaha mendidik masyarakat  terutama mengawal penyebaran maklumat dalam media sosial yang tiada tapisan yang menjadi asas kepercayaan masyarakat. Dalam majlis itu Dekan SMMTC, Dr. Rosli bin Mohammed serta pensyarah SMMTC turut hadir bagi memberikan sokongan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari.

Habis.

========================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)

UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tel: 04-928 5801/5809/5811

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM