CIA UUM Terima Tajaan RM21,000.00 Untuk Program UNIC 2016

Last Updated : 11 March 2016 [download this article]

smmtcDiscover2016

09 MAC 2016 / 29 JAMADILAWAL 1437H

CIA UUM TERIMA TAJAAN RM21,000.00 UNTUK PROGRAM UNIC 2016

image003-min

SMMTC ONLINE: Persatuan Inovatif Kreatif (CIA), Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia telah menerima tajaan bernilai RM21,000.00 dalam program UUM NIKON Imaging Carnival (UNIC) 2016  yang diadakan pada 3-5 Mac 2016 bertempat di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Menurut Penasihat CIA, Drs. Bambang Suhartono bin Mohd Said, tajaan tersebut datangnya daripada tiga buah syarikat tempatan iaitu NIKON Malaysia yang telah menyumbang sebanyak RM10,000 dalam bentuk T-Shirt untuk 200 orang peserta serta hadiah untuk para pemenang dan khidmat fasilitator fotografi NIKON sepanjang tiga hari program berlangsung. Manakala syarikat  Al-Faiz Group pula telah menyumbang tajaan bernilai RM9,000.00 untuk set peralatan lampu dan studio fotografi. Syarikat tudung Jelita Sara pula menyumbang RM2,000.00 iaitu RM1,000.00 untuk hadiah para pemenang Jurufoto dan Model Busana Muslimah serta sumbangan tudung produk mereka untuk 30 orang AJK Pelaksana Program UNIC 2016.

Dalam ucapan Majlis Penutup UNIC, Dekan Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA), Kolej Sastera dan Sains (CAS) UUM, Dr. Massudi Mahmuddin menyatakan pihak beliau sangat gembira dan mengalu-ngalukan  program sebegini, kerana sejajar dengan hasrat dan harapan pihak pengurusan UUM agar melalui kegiatan persatuan dapat dijadikan sebagai landasan untuk membentuk kemahiran keusahawanan kepada pelajar UUM.

 

Timbalan Dekan SMMTC, Dr. Ariffin bin Abdul Mutalib pula menyatakan program UNIC yang merupakan kolaborasi antara pihak NIKON dengan UUM untuk tahun kedua ini dapat dijadikan satu kaedah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi yang memang amat relevan dalam bidang Industri Kreatif.

 

Dalam Majlis Penutup UNIC 2016 tersebut juga, diadakan  penyampaian hadiah untuk Pencarian Model Busana Muslimah dan Produk Pemakanan Kesihatan kepada 10 orang jurufoto terbaik dan 10 orang model yang merupakan pelajar UUM. Encik Fakhrul Anuar Aziz selaku Ketua Juri menyatakan para peserta model telah menunjukkan bakat dan potensi yang tinggi serta persaingan yang hebat antara mereka sewaktu sesi pemilihan dan sesi fotografi.

Menurut saudara Mohamad Fazlihan Bin Mohd Rosle selaku Pengarah program UNIC 2016, sepanjang tiga hari pihak penganjur telah berjaya melaksanakan lapan aktiviti iaituNIKON Technology Sharing, Ceramah Keusahawanan “Knowledge Sharing in Business Development: The Experience of Al-Faiz Group of Companies”, “Studio Portrait Workshop”, “Flash Photography Workshop”, “DSLR Workshop”, “Photo Talk”, “Muslim Busana & Health Product Search” dan “Free Sensor Cleaning”.

 

Habis.

 

=============================================================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 UUM SINTOK

KEDAH DARUL AMAN

TEL.: 04 - 928 5800/5801/5802/5803

FAKS :04 - 928 5804

E-MEL: mmtc@uum.edu.my

 

 

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM