BENGKEL BERSAMA LEMBAGA MUZIUM JANA AKTIVITI TAHUN MELAWAT KEDAH 2016

Last Updated: 28 October 2015      [download this article]

 smmtc logotuum30t

23 JUN 2015, SELASA | 6 RAMADAN 1436H

 

BENGKEL BERSAMA LEMBAGA MUZIUM JANA AKTIVITI TAHUN MELAWAT KEDAH 2016

image005 

SMMTC ONLINE: Pada 9 Jun 2015, Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK) bersama-sama Universiti Utara Malaysia (UUM) dibawah penyeliaan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah mengadakan Bengkel Penjanaan Projek MoU LMNK-UUM di Hotel EDC, UUM. Bengkel ini merupakan rentetan daripada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara LMNK dengan UUM pada 5 Febuari 2015 yang lalu di Muzium Padi, Gunung Keriang, Kedah.


Secara khususnya, bengkel ini dihadiri oleh lima wakil dari pihak LMNK dan juga sembilan staf UUM dari pelbagai Pusat Tanggungjawab. Bengkel tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Dr. Rosli bin Mohammed, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi dan En. Hakimi bin Mohamed Khalib, Penolong Kurator LMNK bertujuan untuk membincangkan tiga isu utama bagi perjalanan projek dibawah MoU LMNK-UUM, iaitu pembaharuan dan proses naik taraf laman web Muzium Kedah, percambahan idea dan perlaksanaan projek berkaitan serta perancangan aktiviti bersempena Tahun Melawat Kedah 2016.


Penolong Kurator LMNK iaitu En. Hakimi bin Mohamed Khalib yang juga merupakan Ketua Unit Muzium Padi, Promosi, Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat semasa ucapan aluannya berkata, LMNK pada tahun hadapan akan lebih menjurus kepada merealisasikan projek MoU ini, di mana pelbagai agenda menarik akan dihasilkan bersempena dengan Tahun Melawat Kedah 2016. Menurut beliau, kerjasama strategik ini merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini dan dengan terjalinnya kerjasama ini diharap  dapat mempercepatkan lagi usaha memartabatkan budaya dan warisan negara terutamanya negeri Kedah agar setanding dengan institusi muzium dunia.


Justeru, bengkel ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab dalam tugas masing-masing serta dapat meningkatkan kefahaman dalam membantu menjayakan perlaksanaan projek MoU sepertimana yang telah dirancang. Semoga kerjasama dengan pihak LMNK mengeratkan lagi hubungan antara kedua belah pihak demi memberi manfaat untuk pembangunan budaya dan warisan negara.

HABIS.
==========================================================
SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Fax: 04-928 5804

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM