Apresiasi Pengurusan Produksi Filem Papar Kisah Di Sebalik Tabir Pembikinan 'Short Film'

Last Updated: 17 December 2014      [download this article

UKKLogo   30TahunUUM 

17 DISEMBER 2014 / 24 SAFAR 1436H
===================================
"UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
          
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Abdul Halim Husain

APRESIASI PENGURUSAN PRODUKSI FILEM PAPAR KISAH DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN 'SHORT FILM'   

 ApresiasiPengurusanProduksiFilem-compressed

UUM ONLINE: Buat julung kalinya pemain di belakang tabir penghasilan 'short film' diberi pengiktirafan dalam Apresiasi Pengurusan Produksi Filem 2014 anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Pusat Konvensyen UUM, semalam.

Sebanyak tiga video di belakang tabir pembikinan 'short film' atau filem pendek dipertandingkan iaitu Shooter, Indraloka dan Mahsuri. Ketiga-tiga tayangan video 'behind the scene' itu telah dinilai oleh juri jemputan iaitu penulis lirik lagu dan juga penulis skrip terkenal, Habsah Hassan dan pelakon, Esma Daniel.

Ketua Jabatan Teknologi Media, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Dr. Siti Mafuzah Sarif berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan mempamerkan video 'The Making Of' sebuah filem pendek yang dihasilkan pelajar dalamsubjek Pengurusan Produksi Filem.

"Program seumpama ini merupakan medan yang paling sesuai bagi mencungkil idea serta pendedahan mengenai selok belok penerbitan sesebuah karya filem atau video yang berkualiti tinggi kepada para pelajar kerana para peserta ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar BCIM yang kreatif serta berinovatif.

"Program seumpama ini merupakan medan yang paling sesuai bagi mencungkil idea serta pendedahan mengenai selok belok penerbitan sesebuah karya fi"Majlis ini secara tidak langsung mengiktiraf hasil penat lelah pelajar yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan akhir mereka dengan memaparkan karya bermutu dan terbaik," ujar beliau.

"Program seumpama ini merupakan medan yang paling sesuai bagi mencungkil idea serta pendedahan mengenai selok belok penerbitan sesebuah karya fiFilem pendek, Indraloka telah memenangi Anugerah Video Terbaik Di Sebalik Tabir pada Apresiasi Pengurusan Produksi Filem 2014.

 ===============================

CORPORATE COMMUNICATION UNIT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL: 04-928 3048/3049/3052/3061
FAX: 04-928 3053
E-MAIL:
ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM