SIMPOSIUM PASCA SARJANA KOMUNIKASI DAN MEDIA (PG-COME'15) MEMBERI PENGALAMAN BERHARGA KEPADA PESERTA

Last Updated: 28 October 2015      [download this article]

 smmtc logotuum30t

28 JUN 2015 / 11 RAMADAN 1436H

 

SIMPOSIUM PASCA SARJANA KOMUNIKASI DAN MEDIA (PG-COME'15) MEMBERI PENGALAMAN BERHARGA KEPADA PESERTA

 image005-min

 

Simposium pelajar pasca sarjana dalam bidang komunikasi dan media atau dikenali sebagai PG-COME’15 telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMC) pada 6 Jun 2015 di Hotel Holiday Villa City Centre, Alor Star. Program julung kali yang dianjurkan ini berjaya mengumpulkan 33 kertas kerja dan pembentang dalam kalangan pelajar di peringkat PhD dan juga Sarjana.

Simposium ini melibatkan sesi pembicara jemputan, enam sesi selari pembentangan dan majlis makan malam. Program sehari ini dirasmikan oleh Dr. Juliana Aida Abu Bakar ialatu Penyelaras Program Pasca Sarjana SMMTC , manakala Profesor Madya Dr. Hassan Abu Bakar bertindak sebagai pembicara jemputan.  Peserta yang hadir turut menzahirkan rasa berpuas hati kerana tema kertas kerja yang dibentangkan lebih spesifik dan sesuai dengan bidang penyelidikan yang mereka sedang jalankan. Disamping dapat meningkatkan kemahiran membuat pembentangan dikhalayak ramai, PG-COME’15 turut membantu pelajar pasca sarjana mempelajari penyelidikan dari rakan-rakan mereka yang lain. 

Majlis Makan Malam PG-COME’15 telah diadakan sebagai majis penutup simposium yang dihadiri oleh Dr. Rosli Mohammed, Dekan SMMTC. Dalam ucapan penutup, beliau merakamkan rasa bangga atas kejayaan pelajar pasca sarjana dan Jabatan Komunikasi dalam menganjuran simposium buat julung-julung kalinya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Rasaq Adissa, Pengarah PG-COME’15 dan semua jawatankuasa penganjur atas usaha gigih mereka menjayakan PG-COME’15. Tiga kertas kerja terbaik telah disampaikan oleh Dr. Rosli kepada Kehinde Kadijat Kadiri, Revathy A/P Amadera Limgam dan Neow Hooi-San.

HABIS.
==========================================================
SCHOOL OF MULTIMEDIA TECHNOLOGY & COMMUNICATION (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Fax: 04-928 5804

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM