Ujibakat Pembaca Berita TV3

Last Updated: 16 December 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Ujibakat Pembaca Berita TV3 

 UjibakatPembacaBeritaTV3

SMMTC ONLINE: Seramai 83 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mencuba nasib dalam program ujibakat pembaca berita TV3 anjuran Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dengan kerjasama Sistem Televisyen Berhad (TV3), di sini, hari ini.
Program yang dijalankan  selama sehari ini bertujuan mencungkil bakat terpendam mahasiswa yang ternyata berpotensi dalam industri bidang penyiaran terutama penyampai berita dan wartawan penyiaran. Ujibakat pembaca berita ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh PERMEDIA untuk  memberi pendedahan dan peluang kepada bakal-bakal graduan yang dilihat berpotensi menceburi bidang ini.

Ketua Bahagian Berita TV3, Nasharudin Tajudin  berkata, seorang pembaca berita mestilah seorang yang mempunyai personaliti yang berani dan fasih bertutur agar mesej yang bakal disampaikan memberi kesan kepada pendengar. “Lima prinsip yang diguna pakai untuk menjadi penyampai berita yang bagus ialah pacing, pausing, projection, pronunciation dan pitching,” katanya ketika ditemui.

Penilaian ujibakat ini dilaksananakan melalui dua tahap iaitu tahap pertama, peserta akan dinilai oleh juri jemputan khas iaitu personaliti TV3, Meor Abdul Malek Rayani. Setiap calon akan diberi pendedahan tentang kriteria-kriteria yang perlu ada dalam diri setiap pembaca berita. Tahap kedua pula, peserta yang berjaya melepasi pada tahap pertama, mereka secara automatiknya akan dinilai oleh seorang  juri professional iaitu Nasharudin Tajudin. Mereka akan dinilai secara lebih terperinci berkenaan dengan intonansi suara, kelancaran pertuturan, eye contact termasuklah bahasa badan.

Salah seorang peserta ujibakat, Mohd Azim Azfar Mohd Zahari, mahasiswa Sarjana Muda Teknologi Media berkata, langkah ini membantu meningkatkan lagi keyakinan diri. “Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan platform yang sebenar untuk mengetengahkan bakat saya dan saya berharap agar pogram ini dilakukan secara berterusan”. Syarizat Binti Idris, mahasiswa Sarjana Muda Sains Ekonomi berkata, program ini sebagai platform kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat mereka. “Saya berharap program seperti ini akan diteruskan agar pendedahan seperti ini membantu kami untuk lebih bersedia menghadapi situasi sebenar dalam alam pekerjaan selepas bergelar graduan nanti,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Syahid Shaari, mahasiswa Pengurusan Pembangunan berkata, ujibakat ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menggilap bakat mereka malah menjadi kayu ukur kepada mereka untuk membaiki kelemahan diri sendiri. “Saya berharap agar pihak TV3 dapat melihat kebolehan saya serta memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan bakat saya,” katanya ketika ditemui selepas sesi ujibakat di Dewan Seminar SMMTC.

Tamat.

 ===============================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801 / 5809 / 5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM