Kerjasama SMMTC dan Bahagian Perfileman UMHSB

Last Updated: 04 March 2014      [download this article]

 

 smmtc-umhsb1 smmtc-umhsb2 smmtc-umhsb3

 

BERITA RINGKAS : SINTOK 12 FEBRUARI 2014


Sebagai sebuah syarikat yang bernaung di bawah Universiti Pengurusan Terkemuka UMHSB telah memulakan langkah untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan para pelajar dalam bidang penyiaran dan perfileman.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, UMHSB berhasrat untuk melahirkan lebih ramai penulis skrip, pelakon,pengarah dan penerbit muda di kalangan para pelajar UUM dalam usaha untuk membuat “transformasi” terhadap kualiti penerbitan filem dan drama tempatan.
“Saya berharap agar para pelajar dan pensyarah bidang Tekknologi Media, Multimedia dan Pengurusan Industri Kreatif di SMMTC sentiasa bekerjasama dengan kami untuk memulakan cetusan transformasi ini kerana industri ini adalah satu industri yang mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada negara namun kita sering ketinggalan dari aspek kualiti karya yang dihasilkan. Perubahan perlu bermula daripada Universiti bagi memastikan lebih banyak seniman berbakat dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dilahirkan” ulas beliau lagi yang juga merupakan Penerbit untuk Jabatan Filem UMHSB.


Sebagai permulaan pada 4 November 2013 yang lalu UMHSB dengan kerjasama FINAS dan SMMTC telah pun mengadakan bengkel penulisan skrin untuk para pelajar SMMTC yang mengambil subjek penulisan skrip serta ianya juga di buka kepada kakitangan serta orang awam yang berminat.
Dekan SMMTC Prof Dr Syuhada yang ditemui di pejabatnya di UUM menekankan kepada betapa pentingnya hubungan yang rapat di antara pelajar, ahli akademik dan pengamal industri perfileman serta penyiaran.


“Tujuan bengkel Penulisan skrip ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keadaan sebenar dalam Industri Perfileman tanah air kita. Para pensyarah mengajar teori dan disiplin ilmu yang universal tetapi ilmu itu perlulah disesuaikan dengan realiti industri perfileman tanah air, disebabkan itulah kita akan sentiasa bekerjasama dengan pihak FINAS dan syarikat produksi serta warga industri Perfileman bagi memastikan para pelajar kita benar-benar faham dengan situasi semasa yang berlaku dalam industri ini.
Bengkel yang diadakan selama tiga hari di UUM Sintok ini  dikendalikan oleh Persatuan Pelajar Teknologi Media  (Permedia) dengan kerjasama UMHSB dan FINAS telah menjemput Encik Mazlan Manan dan bekas alumni UUM Encik  Zaini Kosnin, yang juga merupakan diantara penulis lakon layar yang terkenal di tanah air.
Mazlan yang baru sahaja memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik 2013 melalui dramanya Mawar Putih tanda perpisahan menekankan kepada pemahaman terhadap kehendak Industri Perfileman Tanah Air melalui sistem bekerja semasa dalam Industri Perfileman tanah air.
“ Kerjaya sebagai penulis skrip menjanjikan pulangan yang lumayan namun para pelajar atau penulis skrip baru perlu tahu bahawa penilaian pihak stesyen televisyen atau syarikat penebitan adalah nilai sesuatu idea semasa menulis sinopsis. Justeru dalam bengkel ini kita memberi penekanan kepada teknik menghasilkan sinopsis sesebuah cerita yang mempunyai nilai dan boleh dijual. 


Selain daripada itu penulis juga perlu mempunyai kemahiran dalam pengucapan umum (public speaking) kerana penulis perlu mempersembahkan idea masing-masing kepada panel di stesyen televisyen melalui sistem pitching, kadangkala penulis mempunyai idea yang bagus tetapi gagal ketika membuat persembahan kepada panel” katanya lagi yang telah mempunyai pengalaman selama lebih dua puluh tahun dalam bidang penulisan skrip.
Selain daripada bengkel penulisan UMHSB juga telah melibatkan para pelajar dalam penggambaran drama, filem atau dokumentari yang diterbitkannya sekiranya penggambaran tersebut diadakan di UUM seperti telemovie Andai Dhia Milikku untuk RTM yang menjalani penggambarannya di sekitar kampus UUM, Fakulti SMMTC dan Negeri Kedah Darul Aman baru-baru ini.
Semenjak aktif dalam bidang perfileman tanah air daripada september 2012, Jabatan Filem UMHSB telah pun menerbitkan tiga telemovie untuk TV3, lima telemovie dan satu siri animasi tiga belas episod untuk RTM yang kini sedang dalam proses penyuntingan. 


Bengkel ini merupakan langkah permulaan kerjasama antara UMHSB dan SMMTC dan lebih banyak kerjasama akan dijalinkan dalam pelbagai bentuk.Sebanyak 30 judul Sinopsis telemovie yang dihasilkan  oleh para pelajar SMMTC yang mengikuti bengkel tersebut yang telah dihantar oleh Jabatan Filem kepada semua stesyen televisyen bagi tujuan penilaian.
Selain daripada ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman para pelajar juga telah ditauliahkan dengan sijil daripada pihak FINAS bagi melengkapkan dan memberi pengiktirafan ilmu penulisan skrip yang mereka pelajari selama satu semester di Pusat Pengajian.


Menurut Penerbit Eksekutifnya Jabatan Filem memerlukan sebanyak dua puluh sinopsis setiap bulan untuk dihantar ke stesyen televisyen. Justeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan kreatif atau berminat untuk menjadikan penulisan sebagai kerjaya sampingan pihak syarikat amat mengalu-alukannya.


Pihak syarikat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dekan SMMTC Prof. Dr. Norshuhada Bt Shiratuddin,  Mantan Timbalan Dekan SMMTC Dr Norsiah Abdul Hamid, Dr Norizah Ariffin , Encik Mod Bin Madon, Presiden Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) dan para pelajar serta peserta yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.


Untuk makluman lanjut sila layari laman web UMHSB di www.umhsb.com.my atau berhubung dengan beliau di talian 04-9232205.

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM