Riadah SMMTC

Last Updated: 24 December 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Aktiviti Riadah SMMTC Mengeratkan Lagi Silaturrahim Sesama Staf 

 riadahSMMTC

SMMTC ONLINE: Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) menganjurkan Aktiviti Riadah dan Keraian SMMTC 2014 pada 21 Disember 2014 (Ahad) yang lalu di Changlun C-Mart Bowling Centre. Seramai 42 staf terdiri daripada staf akademik, pensyarah pelawat, staf pentadbiran dan bekas staf sama-sama menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti utama yang dijalankan ialah pertandingan tenpin tertutup di mana para staf dibahagikan kepada sepuluh (10) kumpulan secara rawak.

Dr. Mohd Sobhi Ishak, Pengerusi Kelab Kebajikan SMMTC dalam ucapan beliau menyatakan tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terbina sesama staf tanpa mengira agama, bangsa serta pangkat. 

Selain itu, Dekan SMMTC, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang selain mengeratkan silaturrahim, para staf dapat meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan.

Di samping itu, majlis tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah para pemenang pertandingan tenpin tertutup, cabutan bertuah, sumbangan hari lahir staf, sumbangan staf yang kematian ibu/bapa dan sumbangan kepada staf yang menimang cahaya mata.

Tamat.

 ===============================

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801 / 5809 / 5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM