Majlis Anugerah Dekan SMMTC Sesi A131

Last Updated: 29 May 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Majlis Anugerah Dekan SMMTC Sesi A131

 AnugerahDekanSMMTCSesiA131


SMMTC ONLINE: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan bagi semester pertama sesi 2013/2014 (A131) pada 28 Mei 2014 di Dewan Seminar A, SMMTC. Seramai 170 orang pelajar dari lima program iaitu Program Sarjana Muda Komunikasi, Program Sarjana Muda Teknologi Media, Program Sarjana Muda Multimedia, Program Sarjana Muda Sains (Multimedia) dan Program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif yang terlibat dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Norhafezah Yusof (Ketua Jabatan Komunikasi) sebagai wakil Dekan SMMTC dan turut hadir Dr. Mohd Khairie Ahmad (Penyelaras Siswazah), Dr. Sabrina Mohd Rashid (Penyelaras Sarjana Muda Teknologi Media) serta staf-staf akademik dan pentadbiran SMMTC.

Dalam ucapan Prof. Madya Dr. Norhafezah Yusof, beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang diraikan dan menyeru para pelajar supaya meningkatkan lagi prestasi dalam akademik serta ko-kurikulum. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pelajar dan memberi semangat kepada mereka untuk lebih berusaha pada semester akan datang.

Sekian.


=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM