Graduan SMMTC Merangkul Pelbagai Anugerah Tertinggi Sempena Kovokesyen UUM Ke-27

Last Updated: 16 November 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Graduan SMMTC Merangkul Pelbagai Anugerah Tertinggi Sempena Kovokesyen UUM Ke-27 

GraduanSMMTC AnugerahTertinggi KonvoUUM Ke-27

SMMTC ONLINE: Seramai lebih kurang 248 graduan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang menerima doktor falsafah, sarjana dan ijazah sarjana muda pada sesi pertama, sesi ketiga dan sesi kelapan istiadat Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia yang berlangsung pada 8 hingga 12 November 2014.

 

Dekan, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, serta seluruh warga SMMTC, mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang terdiri dari program Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (Pengurusan Media), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian).

 

Turut bergraduasi pada sesi pertama ialah Dato’ Mohd Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Nasir, penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif). 

 

Dua orang pelajar SMMTC dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) iaitu Nur Sauri Yahaya dan Hanis Salwani Othman, telah dikurniakan Anugerah Pelajaran DiRaja dan Anugerah Pingat Emas Canselor. Mereka merupakan pasangan suami isteri dan sedang menghitung hari kelahiran cahayamata pertama yang dijangka lahir pada Disember tahun ini. 

 

Anugerah Pingat Emas Naib Canselor dikurniakan kepada tiga pelajar SMMTC mewakili program masing-masing, iaitu Chew Kok Liang dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian), Low Hwee Yuen dari program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), dan Mohd Naufal Khairul Azhar dari program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian). Manakala Anugerah Buku Alumni Cemerlang pula dikurniakan kepada Chew Chee Yan dari program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian). 

 

Tambahan lagi, seramai 17 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (Kepujian) telah dianugerahkan ijazah kelas pertama.

 

Sekian.

===============================

DARIPADA:

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010, SINTOK, KEDAH                  

TEL : 604 - 9285811

 

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM