Aktiviti SMMTC Week 2014 Dapat Mengeratkan Hubungan Pelajar dan Staf

Last Updated: 29 May 2014      [download this article

smmtcLogo   30TahunUUM 

Aktiviti SMMTC Week 2014 Dapat Mengeratkan Hubungan Pelajar dan Staf
 

 AktivitiSMMTCWeek 2014EratkanHubunganPelajar-Staf


SMMTC ONLINE: SMMTC Week merupakan aktiviti tahunan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang melibatkan semua staf dan pelajar SMMTC. Aktiviti ini berlangsung selama seminggu bermula dari 17 hingga 22 Mei 2014.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bagi mengendalikan aktiviti dengan dipantau oleh penasihat kelab/persatuan serta pensyarah yang terlibat. Selain itu, aktiviti ini juga menjadi platform utama dalam mengumpul dan mempamerkan hasil kerja pelajar sepanjang semester ini. Para pelajar juga boleh mendapatkan input dan komen daripada penilai yang terdiri di kalangan pensyarah dan pihak industri berkaitan projek akhir mereka.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut antaranya majlis bersama alumni, volunteerism forum, pameran hasil kerja kursus pelajar, seminar pelajar, mencuci kereta sambil menderma, pertandingan-pertandingan akademik serta syarahan Profesor Adjung.

Aktiviti yang berlangsung selama seminggu ini dapat merapatkan lagi hubungan pelajar, pensyarah serta staf pentadbiran di SMMTC.

Sekian.
=============================================
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC)
UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tel: 04-928 5801/5809/5811
Faks: 04-928 5804

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM