ITEX'13

Pingat emas pertama UUM diperolehi menerusi produk “BACAMAX: Voice Replay Application to Assist Reading for Dyslexic Children” yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Zulikha Jamaludin daripada Pusat Pengajian Pengkomputeran. Manakala 2 pingat emas lagi disumbangkan menerusi penyertaan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, “Penang Port: A Port Management Game” oleh Shanizan Herman Mohd Radzi dan “Computer Aided Compression Garment Design System” oleh Dr Mohamed Najib Salleh daripada Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik.

Pencapaian 100% pingat ini merupakan antara pencapaian terbaik UUM dalam kategori Information & Communication Technology (ICT) pada pertandingan hasil penyelidikan dan inovasi ini. Pencapaian ini turut dinilai pada kriteria penarafan Universiti Penyelidikan melalui sistem MyRA.

Kejayaan lain juga turut dikongsi bersama oleh para pemenang pingat perak dan gangsa iaitu Abd Hadi Abd Razak, Fakhrul Anuar Aziz, Dr. Azham Hussain, Dr. Maznah Mat Kasim, Aeni Zuhana Saidin, Asmidah Alwi dan Dr. Mohd Faizal Omar.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Abdul Razak Saleh yang hadir semasa proses penjurian untuk memberi sokongan, gembira dengan pencapaian yang diraih oleh para penyelidik UUM dalam pertandingan itu yang dibarisi kombinasi penyelidik senior dan junior. Turut bersama para peserta ITEX’13 ialah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Kalsom Kayat. Beliau positif dengan pencapaian UUM berharap ia akan mengukuhkan lagi hasrat UUM untuk menjadi Universiti Penyelidikan dalam Pengurusan dan Sains Sosial.

ITEX’13 menerima 691 penyertaan daripada 20 negara seperti Belarus, Korea, Taiwan, Poland, Singapura dan lain-lain. Ia mempamerkan produk dan reka cipta yang dihasilkan oleh individu mahupun institusi di peringkat pra-komersil dan komersil seterusnya memasarkan kepakaran penyelidikan berdaya saing setempat dan antarabangsa.

Ia secara tidak langsung meningkat keyakinan sektor industri terhadap kepakaran dan kebolehan penyelidik-penyelidik dengan harapan menyepadankan peluang kerjasama (business matching) antara kedua-dua pihak.

UUM mengemukakan 11 penyertaan dan berjaya membawa pulang 3 emas, 4 perak dan 4 gangsa. Senarai penuh keputusan ITEX’13 untuk UUM adalah seperti jadual di bawah:-

 

 

No.

Team Members

Innovation Title

School

Result

1

Prof. Dr. Zulikha Jamaludin

Fakhrul Anuar Aziz

Husniza Husni

Mohd Fitri Yusoff

BACAMAX: Voice Replay Application To Assist Reading For Dyslexic Children

Computing

Gold

2

Shanizan Herman Mohd Radzi

Asif Zamri Zainol

Mohd Zukuwwan Zainol Abidin

Puteri Azwa Ahmad

Penang Port: A Port Management Game

Quantitative Sciences

Gold

3

Dr Mohamed Najib Salleh

Assoc. Prof. Dr. Amir Feisal Merican Aljunid Merican

Assoc. Prof. Dr. Siti Norezam Othman

Dr. Halim Mad Lazim

Computer Aided Compression Garment Design System

Technology Management And Logistics

Gold

4

Abd Hadi Abd Razak

Foong See Jie

Syafiqah Md Shafie

Chan Jia Min

The Dimension

Multimedia Technology And Communication

Silver

5

Dr. Azham Hussain

Assoc. Prof. Hatim Mohamad Tahir

Nurnasran Puteh

Chong Kean Ling

Cheah Chee Wei

Little Professor: Mobile Learning Game For Kids

Computing

Silver

6

Abd Hadi Abd Razak

Mohd Fazudli Saad

Mohamad Amir Abu Seman

Ahmad Hisham Zainal Abidin

School Based Assessment Management System (SBAMS)

Multimedia Technology And Communication

Silver

7

Fakhrul Anuar Aziz

Prof. Dr. Zulikha Jamaludin

Husniza Husni

Mohd Fitri Yusoff

ARBACA: Augmented Reality Flash Cards To Assist Reading For Dyslexic Children

Multimedia Technology And Communication

Silver

8

Asmidah Alwi

Aeni Zuhana Saidin

Nabilah Farhana Norliza

Nooratikah Ismail

Nor Lyana Shoberi

Fatin Aqilah Abdul Wahab

Chocombori Nathanial Muchabva

Museum Tour Guide Mobile App

Multimedia Technology And Communication

Bronze

9

Aeni Zuhana Saidin

Nassiriah Shaari

Sahida Sabri

Siti Khadijah Makh Hassan

Norazlina Othman

Nurfatin Nadiah Abd Rahim

Road Safety Awareness With Mimi

Multimedia Technology And Communication

Bronze

10

Assoc. Prof. Dr. Razamin Ramli

Dr. Maznah Mat Kasim

Fazillah Mohamad Kamal

Assoc. Prof. Dr. Mohd Izam Ghazali

Assoc. Prof. Dr. Haslinda Ibrahim

Vikneswari D/O Subramaniam

Tecas: A Hybrid System For Teacher Candidate Selection With Multi Criteria Competencies

Qualitative Sciences

Bronze

11

Dr. Mohd Faizal Omar

Asooc. Prof. Dr. Bambang Trigunarsyah

Dr. Johnny Wong

Dr. Kai Chen Goh

CONSULTDESS (Cloud Based Consultant Selection Decision Support System)

Qualitative Sciences

Bronze

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM